Mudballs Eco Environment Event : merupakan satu aktiviti amal dan sukarela untuk menyokong sahutan NGO (Green Surf), iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin dalam pemulihan alam sekitar di Sabah.
** Campuran Mudballs(bebola tanah): Dikatakan boleh mengurangkan bau busuk dan juga membersihkan air yang tercemar:
~Tanah
~Air
~Bio organik (wheat dust)
~Cecair EM(effective micro-organism)
13 Jun 2010, Ahad (St.Dominic,Lahad Datu)
Bemula seawal 10:30 pagi umat yang peka dan tak sabar-sabar untuk memberikan tenaga dalam membantu menghasilkan bebola tanah, untuk tujuan mengurangkan bau busuk dan kotoran dalam air yang tercemar.
Umat Gereja St.Dominic yang datang dari lapisan usia kanak-kanak dan juga senior citizen amat teruja dengan kehadiran wakil NGO (Green Surf) yang memberi tunjuk ajar dan ulasan sedikit tentang mudballs.Selain umat dari St.Dominic sendiri, wakil dari Kunak , Buddhist Association Lahad Datu,juga turut hadir memeriahkan suasana yang sebelum ini cerah panas terik bertukar mendung bagaikan nak turun hujan.
Suasana meriah, bagaikan pesta dengan wajah yang tak henti-henti tersenyum dan ketawa melihat gelagat sesama umat yang membuat mudballs terutamanya kanak-kanak. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 10 orang atau lebih setiap kumpulan, tetapi memandangkan umat yang hadir mencecah 100 orang, dengan ini setiap kumpulan yang siap menghasil mudballs akan bertukar-tukar tempat untuk semua umat dapat serta dan berkenalan sambil bertukar-tukar pengalaman tentang mudballs.

Hujan yang turun,bagaikan memberi berkat, tak sampai sejam hujan berhenti dan langit bertukar cerah. Mudballs yang dihasilkan dianggarkan mencecah lebih 3000 mudballs.

Terima kasih kepada umat yang hadir menjayakan aktiviti yang diadakan. Lindungi Lahad Datu, Care for our environment.
Shirley Yong
No comments:
Post a Comment