Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 10, 2011

MAJLIS KESYUKURAN NATAL OLEH PELAYAN KOIR LAHAD DATU

Seminarian Martin Steven mengucapkan doa syukur
26 Dec 2010 - Natal hari ke2, pelayan Koir paroki St Dominic, Lahad Datu mengadakan Jamuan Makan Malam Kesyukuran bertempat di dewan gereja.


Walaupun Majlis ini dihadiri oleh 12 orang sahaja, namun kemeriahan Natal tetap dirasai dan disambut sederhana dengan kegembiraan serta bermakna. Turut hadir bersama Rektor paroki Rev Fr Simon Kontou dan Seminarian Martin Steven bakal memasuki tahun ke dua Teologi di kolej Santo Petrus Kuching tahun ini.


Majlis ini adalah merupakan aktiviti tahunan bagi pelayan koir St Dominic sempena Natal disamping terus mengeratkan perhubungan di antara ahli pelayan koir.  Makan malam ini dilakukan secara potluck. Antara aktiviti ialah pertukaran hadiah dan sesi bergambar.

Saudari Maria Gorrety Peter Amit selaku koir master turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan masa dan suara dalam menjayakan koir bagi Malam Natal dan Hari Natal serta sepanjang tahun kepada pelayan koir yang terlibat.

Harapan beliau agar pelayanan sedemikian rupa diteruskan demi memuliakan dan meninggikan nama Yesus dalam nyanyian dan terus berkembang dalam pelayanan koir di paroki ini.

Juliana Hedrikus

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent