Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 21, 2011

KKD FAJAR DAN KKD CHI WAH MENYAMBUT KRISMAS BERSAMA

SANDAKAN-  ‘’1 KKD, MASA KRISMAS SALING MENGENALI’’ merupakan tema semasa mengadakan fellowship sempena menyambut Hari Natal 2010 dan Tahun Baru 2011. Perayaan ini diadakan pada 08 Januari 2011, bertempat di Good News Centre dan pertemuan ini  menggabungkan dua kumpulan KKD iaitu, KKD FAJAR dan KKD CHI WAH. Suasana parti pada malam itu sangat meriah dan melibatkan 15 buah keluarga KKD.
Acara malam dimulakan dengan doa pembukaan oleh Saudara Pius Gorohom. Pelbagai aktiviti kanak-kanak dan dewasa telah dijalankan untuk menghangatkan perayaan krismas. Aktiviti kanak-kanak diadakan seperti  nyanyian karoling, meniup belon, Stop dance, makan tembikai dan kuiz alkitab. Tidak ketinggalan juga  aktiviti belia dan dewasa dirancakkan seperti  makan epal, moginum, ampitan pingpong, dan menari. Secara keseluruhannya, acara mesra seperti ini dirancang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli KKD Fajar dan KKD Chi Wah.
Seterusnya, Sr. Liliana dan Sr.Veronica (FSIC) turut hadir pertemuan tersebut lalu mengucapkan doa makan. BBQ dan Stimbot diadakan secara potluck. Selepas itu, acara pertukaran hadiah Krismas antara ahli KKD dan cabutan tiket bertuah juga diadakan.
Tambahan pula, kehadiran Rektor, Fr Thomas Makajil memeriahkan lagi sambutan pada malam tersebut. Beliau mengatakan bahawa beliau bersyukur dan gembira kerana melihat KKD telah berkembang sebagai komuniti katolik berjiran apabila merayakan sambutan seperti ini. Malah, beliau berharap KKD dapat meneruskan perjalanan perkumpulan dari segi pembentukan rohani dan pendalaman iman.

Akhir sekali, penutupan acara diakhiri dengan doa penutup oleh Fr. Thomas Makajil. Kedua-dua KKD tersebut bergotong-royong membersihkan kawasan acara dan bersurai pada 11 malam. Dengan itu, Pengerusi KKD Fajar dan Chi Wah, Richard Atilano dan Hildi Poili berharap pertemuan seperti ini dapat dilangsungkan dengan semua kawasan KKD apabila mempunyai perayaan lain.


Dilaporkan oleh,
Miriam Lee Su Sian 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent