Kiabau, Telupid : 16hb September 2015 merupakan tarikh yang penting buat umat Katolik di sekitar Kampung Kiabau, Telupid. Bapa Uskup Julius telah merayakan Misa Kesyukuran di Chapel St Fidelis, buat perayaan Hari Malaysia, ulangtahun pentahbisan ke-11 Fr Jasery Emmanuel, rector Paroki St Martin, Telupid serta pemberkatan tapak rumah rehat paderi.
Dalam khotbahnya, Uskup Julius mengajak umat selalu berdoa supaya iman benar-benar kukuh, oleh itu kepercayaan kita tidak mudah tergugat oleh kuasa-kuasa kegelapan. Kita dapat mempertahankan iman walaupun menghadapi apa juga cabaran.
Uskup Julius menyeru umat Katolik di Malaysia mendoakan Negara Malaysia sentiasa dilindungi Tuhan agar selalu aman dan damai. Dalam situasi aman damai, maka rakyat dapat hidup dengan makmur dan sejahtera.
Prelatus itu juga memohon kepada semua umat mendoakan bahawa Malaysia akan mengalami politik yang stabil, satu kriteria untuk pertumbuhan ekonomi yang sihat.
Akhir sekali, prelatus itu meminta umat setempat sentiasa berkerjasama demi memajukan komuniti gereja St Fidelis agar menjadi sebuah komuniti contoh di paroki Telupid. 'Dengarlah dan likutilah rentak dan irama yang direncanakan Tuhan,' ujar beliau 'agar segala sesuatu adalah menurut kehendakNya.'
Sebaik sahaja selesai perayaan misa kudus, umat berkumpul di hadapan Gereja untuk upacara menaikkan bendera Negara Malaysia dan Negeri Sabah diiringi dengan nyanyian 'NegaraKu dan Sabah Tanah Airku.'
Uskup Julius menyempurnakan upacara pecah tanah tapak rumah rehat paderi diperhatikan oleh AJK KUK dan seminarian Christopher Ireneus
Upacara pemberkatan tapak rumah rehat paderi oleh Uskup Julius
Uskup Julius bersama AJK KUK St Fidelis, Kampung Kiabau
No comments:
Post a Comment