oleh GBell
Sandakan : Hari kedua, 20hb Oktober, Pertemuan Pastoral Ke IV bermula dengan Misa Kudus diselebrankan oleh Vikjen Romo Gabriel Unto Da Silva, Pr dari Larantuka.
Di antara yang direnungkan ialah Injil sentiasa memberi kekuatan
dalam perjalanan hidup kita seharian. Kehidupan kita, jika disertai dengan doa di mana saja, pasti kita diberkati, termasuklah di tanah perantauan. Tuhan akan kabulkan segala permintaan kita asalkan kita tidak putus asa meminta, mencari dan mengetuk.
Hendaklah kita menghayati Injil agar iman kita tetap terang, bersinar dan bercahaya. Dengan demikian manusia sejagat dapat berjalan
bersama dalam menemui jalan kehidupan baru yang benar, jalan keselamatan. Gereja harus hidupi misinya dalam konteks melayani sesama, kekal taat pada perintah-Nya.
PEMBENTANGAN LAPORAN TINDAK LANJUT DARI WILAYAH ASAL
Romo Eduardus dari Keuskupan Agung Ende
Romo Lukas dari Keuskupan Larantuka
PEMBENTANGAN LAPORAN TINDAK LANJUT DARI WILAYAH TRANSIT
Dari kiri : Romo Antonio, Sr Albina dan Romo Meus
PEMBENTANGAN LAPORAN TINDAK LANJUT DARI WILAYAH TUJUAN
Sr Anita fsic dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu
Sr Maria Dipal rgs dari Keuskupan Sandakan
Fr Benedict Runsab dari Keuskupan Keningau
Sesi pertama ialah pembentangan laporan tindak lanjut setiap kesuskupan / agung dari wilayah asal, transit dan tujuan berlandaskan kepada pernyataan akhir pertemuan pastoral tripartit ketiga yang dimeterai pada 24hb Oktober 2013 di Rumah Bina Saron, Larantuka, Flores NTT, Indonesia.
Rata-rata laporan berpusatkan kepada apa yang dikatakan oleh Bapa Suci Paus Fransiskus semasa di Havana, Cuba 19-22 September dalam khotbahnya, berkata bahawa orang Kristian melayani sesama
dan bukan ideologi. Pelayanan Kristian bukannya sebuah ideologi. Kita melayani
umat, pelayanan itu bukan sekadar dan tidak pernah menjadi idea.
Saat ini,
kita berada di ambang Tahun Jubli Agung Luar Biasa Kerahiman, yang memberi kita peluang untuk mempersiapkan diri kita menuju ke Pintu Suci Kerahiman, hendaklah
kita sentiasa menjadi saksi kepada kerahiman seperti dalam Lukas 6 : 36, ‘Hendaklah kamu murah hati,
sama seperti BapaMu adalah murah hati.
Sesi kedua ialah sesi input daripada seorang tokoh hak asasi manusia juga mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun dengan tajuk, 'Realiti Migrasi dari Aspek Politik, Ekonomi dan Sosial di Sabah. Beliau memperjelaskan tentang latar belakang migrasi, masalah migrasi serta kesan migrasi baik positif mau pun negatif di konteks global dan lokal.
Di antara yang diperkatakan ialah dalam konteks Sabah, migran yang masuk ke Sabah secara teratur dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah tidak dipertikaikan oleh sesiapapun. Mereka tidak menjadi isu dan masalah. Yang menjadi isu utama di Sabah ialah pendatang tanpa izin (PTI). ‘Banyak kemungkinan masalah itu tidak dapat diselesaikan kerana kerajaan sendiri merupakan sebahagian daripada masalah dan bukan sebahagian daripada penyelesaian.
Beliau berkata, 'Secara peribadi, saya tidak pernah dan tidak akan menyalahkan PTI berada di Sabah. Sebagai manusia, mereka hanya mencari peluang kehidupan yang lebih baik. Mereka mempunyai hak asasi manusia yang tidak kurang dan tidak lebih daripada manusia yang lain tidak kira kewarganegaraan mereka. Bagi saya, hak asasi manusia itu tidak mempunyai sempadan. Namun, landskap politik, ekonomi, sosial dan demografik Sabah telah bertukar secara tetap dengan begitu ramai PTI yang berada di negeri ini.'
Dalam masa yang sama, adalah tidak dapat dinafikan bahawa golongan migran ini telah dan sedang memberi sumbangan ekonomi Negeri Sabah. Mereka memain peranan penting dalam kemajuan dan pembangunan Sabah dengan membekalkan sumber tenaga manusia terutama sekali di sektor pembinaan, perladangan, di rumah-rumah dan di kedai-kedai. Kalaulah mereka semua meninggalkan Sabah sekaligus, maka ekonomi negeri terus tidak dapat bergerak.
Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dianggap sebagai satu alasan yang boleh diterima bagi membenarkan mereka keluar masuk negeri Sabah secara haram. Kalaulah perkhidmatan mereka diperlukan, maka mereka haruslah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan teratur.
Sesi ketiga ialah sesi input dari ketiga-tiga wilayah berkaitan dengan 'Impak migrasi terhadap Gereja lokal.' Sesi ini disampaikan oleh Vikjen Romo Gabriel Unto Da Silva, Pr dari Larantuka, Flores (Keuskupan asal), Romo Meus CSSR dari Tanjung Selor (Keuskupan transit) dan Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dari Sandakan. (Keuskupan transit)
Di antara yang dipaparkan ialah dari sisi pendekatan pelayanan oleh pekerja pastoral lokal. Pelbagai usaha telah diambil oleh keuskupan masing-masing untuk menjangkau kepada golongan buruh migran-perantau di wilayah transit dan tujuan serta kepada keluarga yang ditinggalkan di keuskupan asal. Ini juga meliputi aspek hidup iman dan menggereja, pendataan serta masalah pastoral di gereja setempat.
Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dianggap sebagai satu alasan yang boleh diterima bagi membenarkan mereka keluar masuk negeri Sabah secara haram. Kalaulah perkhidmatan mereka diperlukan, maka mereka haruslah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan teratur.
Vikjen Romo Gabriel Pr
Dari kiri : Vikjen Romo Gabriel, Bapa Uskup Julius dan Romo Meus
Presentasi mereka menyentuh tentang impak yang signifikan baik positif mau pun negatif migrasi terhadap gereja tempatan. Kehadiran migran menambah jumlah umat Katolik di wilayah transit dan tujuan, mewarnai dan memperkaya hidup gereja lokal dan mereka banyak membantu dalam pelbagai pelayanan. Namun, masing-masing menghadapi tantangan dan dalam hal ini mengatur strategi pastoral untuk menanganinya.Di antara yang dipaparkan ialah dari sisi pendekatan pelayanan oleh pekerja pastoral lokal. Pelbagai usaha telah diambil oleh keuskupan masing-masing untuk menjangkau kepada golongan buruh migran-perantau di wilayah transit dan tujuan serta kepada keluarga yang ditinggalkan di keuskupan asal. Ini juga meliputi aspek hidup iman dan menggereja, pendataan serta masalah pastoral di gereja setempat.
Pada sebelah malam, para perwakilan berpeluang bersua muka dengan Komuniti-Komuniti Basis dan Keluarga Besar Katolik Indonesia di Gereja St Mark, 20 kilometer dari Sandakan. Sesi dialog ini membuka ruang bagi perwakilan lebih memahami situasi mereka; suka dan duka hidup sebagai perantau.
Suasana sesi dialog di antara wakil-wakil basis bersama perwakilan dari Wilayah Asal dan Transit dari Indonesia
Praktik ini berkait dengan apa Bapa suci dalam dokumennya, 'Sukacita Injil' merujuk sebagai Gereja yang hidup dengan 'pertemuan muka-ke-muka.' (EG #88)
Di antara yang diluahkan merangkumi kesulitan bagi anak-anak mereka memperolehi pendidikan asas, akses kepada kemudahan kesihatan, eksploitasi oleh majikan, mobiliti yang terhad, hidup dalam ketakutan, sukar ke gereja kerana tinggal terlalu jauh dari gereja.
Ada juga yang berkongsikan tentang kemesraan umat setempat yang sentiasa bersikap terbuka mahu menerima mereka. Sebahagian mereka bergiat aktif dalam gereja lokal serta menjadi penggerak umat di mana mereka tinggal, baik di basis mahu pun di estet-estet.
Sesuai dengan tema Hari Minggu Migran Dan Perantau Sedunia 2015, “Gereja Tanpa Sempadan, Ibu Kepada Semua,” Gereja hendaklah dengan tangan terbuka, merangkul semua orang, tanpa membeda-bedakan dan tanpa batas, untuk menyatakan bahwa "Allah adalah cinta" (1 Yoh 4: 8, 16). Gereja telah menjadi ibu dengan hati yang terbuka kepada seluruh dunia, tanpa batas. Dengan sedemilian, para migran kekal beriman dan meneruskan hidup mereka dengan penuh harapan.
No comments:
Post a Comment