Disusunatur oleh DS
dan foto oleh G. Bell
Sdra Pisius Danny Timothy dari Keuskupan Sandakan adalah seorang pekerja sosial dengan Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) dalam skop kanak-kanak dan komuniti. Beliau menyertai pertemuan pastoral ke-IV ini berdasarkan penglibatan secara langsung dalam pelayanan anak-anak migran-perantau mengenai hak-hak asasi kanak-kanak.

Sdra Pisius berkata, 'Pertemuan ini telah memberi saya satu gambaran luas mengenai isu migrasi. Kini, saya lebih memahami realiti sebenar kehidupan golongan migran-perantau terutama mengenai cabaran / kesulitan hidup yang mereka perlu lalui.'
Dia juga agak senang kerana pertemuan ini mampu membentuk dan membangun satu jaringan kerjasama yang lebih erat dan meluas bagi menangani isu-isu migran buruh-perantau. Jaringan ini meliputi ketiga-tiga wilayah; asal, transit dan tujuan, mewujudkan satu sistem sokongan yang otentik yang mampu menjangkau kepada migran dengan efektif.
Sesi dialog memberi peluang kepada migran buruh-perantau meluahkan isi hati mereka dalam banyak hal yang perlu perhatian dan bantuan dari Gereja. Hidup berkomuniti seperti dalam basis jelas menunjukkan bahawa banyak hal boleh diselesaikan bersama.
Saya syorkan lebih ramai muda-mudi diberi peluang untuk hadir bersama. Pendedahan awal tentang migrasi akan membolehkan mereka lebih memahami realiti hidup perantau. Ini akan berubah persepsi mereka terhadap migran, dilihat dari konteks Gereja.
No comments:
Post a Comment