Artikel oleh DS dan
foto oleh G. Bell L.
foto oleh G. Bell L.
Sandakan : Satu Misa Kesyukuran buat komuniti Indonesia telah dirayakan pada 23hb Oktober 2015 di Gereja St Mark, 20 km dari bandar Sandakan. Misa tersebut diselebrankan oleh Romo Meus CSsR dari Keuskupan Tanjung Selor bersama dengan Romo Lukas, Romo Laurencius, Romo Nikolaus dari Keuskupan Larantuka, Flores dan Romo Eduardus dari Keuskupan Agung Ende, Flores.
Lebih dari 700 umat Katolik, kebanyakan dari Pulau Flores NTT Indonesia dalam pakaian tradisi mereka, telah membanjiri Gereja St Mark. Turut hadir ialah perwakilan religius dan awam pertemuan pastoral ke IV, dari Indonesia, Sr Catharina rgs, Provincial Leader, Sr Theresia rgs, Ibu Romana Moi dan Ibu Rostan. Sr Maria rgs dari Sandakan, wilayah tujuan dan Sr Lidwina rgs yang akan berpindah ke Indonesia setelah melayani di sini buat 4 tahun juga hadir bersama.
Dalam kata-kata pembukaannya, Romo Meus memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana berpeluang beribadat sebagai satu komuniti besar dalam gereja ini. Beliau berkata, 'Kami ingin menegaskan bahawa Tuhan ada bersama kita yang membimbing dan
mendampingi baik yang dari Sabah mahupun dari Indonesia dan Filipina. Saya mau
menegaskan bahawa Allah mengasihi kita dalam apa juga situasi.'
Khotbah misa tersebut disampaikan oleh Romo Nikolaus yang mengatakan bahawa hari ini istimewa bagi semua yang hadir kerana hari yang diperkenankan Allah bagi
kita. Kita daripada pelbagai latar belakang kehidupan, Allah sendiri yang mengumpul kita semua untuk mempersembahkan hidup dan akhirat kita. Kehidupan kita tidak hanya tertumpu dari hal-hal positif. Sebagai manusia pasti ada kelemahan dan
kekurangan.
Pada titik batas ini, ketika kita hadir melangkah di hadapan gereja,
Allah telah menyambut kita dengan sukacita.
Sebagai tanda alam yang memberikan kepada kita untuk melihat, kemampuan kita berbeza.
Apakah kita mendengar itu secara lurus dan terang? Atau kita melihat dengan kaca
mata keburukan. Kalau lihat dengan positif jadi semua yang dilihat baik tetapi jika dilihat dari perspektif negatif pasti tidak ada yang baik akan muncul.
Para perantau mengalami pelbagai kesulitan dalam hidup mereka. Injil menuntut kita menjangkau yang terpinggir. Namun pada lazimnya, pada waktu kita berkeadaan senang, kita lupa kepada orang yg menderita. Maka dalam situasi apa
pun, antara suka atau duka, kita merasa senang untuk bersyukur. Segalanya hendaklah disertai doa dan Allah
tidak pernah menghampakan orang meminta pada-Nya. Kita harus bersyukur dan
berterima kasih serta berusaha membangun sebuah tapak yang kukuh agar sentiasa terpanggil melayani sesama walau di mana
pun, kekal dalam iman mengabdi kepada Tuhan.
Juga disentuh ialah tentang pelayanan Sr Lidwina selama 4 tahun di Sandakan yang telah banyak menghasilkan buah, buah berlimpahan. Beliau mengajak agar umat berdoa akan Sr Lidwina dalam misi Tuhan di tempat yang baru.
Sr Chatarina rgs, selaku Provincial Leader RGS Indonesia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas penerimaan, sambutan, dukungan dan doa buat Sr Lidwina rgs selama beliau melayani di Sandakan selama 4 tahun.
Beliau merakamkan terima kasih kepada Komiti Pastoral St Mark kerana banyak membantu dalam ushasama dengan Sr Lidwina rgs dan KBKI membangunkan dan memperkembangkan iman para migran perantau. Sr Chatarina rgs mengajak semua umat mendoakan misi selanjutnya Sr Lidwina rgs di Indonesia.
Sr Lidwina rgs amat terharu dengan kehadiran begitu ramai sekali umat pada misa itu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada rombongan dari Indonesia dan umat di St Mark atas penyertaan mereka.
Di antara yag dikatakan, 'Jadi saya berharap, jangan kerana ada Romo dan Sister dari Indonesia, baru anda kalian mahu menyertai misa. Ia harus menjadi satu praktek setiap misa kerana inilah Gereja kalian. Jangan tunggu loceng gereja berbunyi baru mahu datang, rasa sentiasa dalam diri sendiri terpanggil selalu ke rumah Tuhan.'
Dalam pengkutbah, 'Segala sesuatu ada waktunya.' Selama 4 tahun berada bersama kalian, tibalah masanya saya ditempatkan semula di Indonesia untuk misi selanjutnya. Sepanjang masa melayani anda kalian, jika terkasar dalam perkataan atau tindakan, saya minta maaf sebesar-besarnya.'
Sdra Petrus Beam, selaku Pengerusi KBKI mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Indonesia; para romo, religius serta pemimpin awam yang kebetulan berada di Sandakan kerana menghadiri Pertemuan Pastoral Ke IV. Menurut beliau, kehadiran umat malam itu agak luar biasa dan ini jelas menunjukkan kekuatan perpaduan umat, baik lokal maupun migran perantau. Semoga semangat berkomuniti ini akan berlanjutan agar Gereja mampu dan sentiasa berdiri teguh dengan kesinaran cahaya keindahannya. Di kesempatan itu, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sr Lidwina rgs atas bimbingannya, sentiasa mendampingi buruh migran-perantau di mana mereka berada.
Selesai sahaja misa dan ucapan, umat berarak ke Dewan Serbaguna St Mark untuk acara fellowship, didahului dengan romo-romo dan rombongan dari Indonesia diiringi adat istiadat dari Pulau Flores.
Selain mengalu-alukan rombongan dari Indonesia; Keuskupan Tanjung Selor, Keuskupan Larantuka dan Agung Ende, sambutan istimewa ini adalah untuk memastikan mereka merasai kemesraan tradisi Gereja lokal yang sentiasa memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan umat serta masyarakat luar. Pelbagai tarian tradisi telah diadakan dan penyertaan daripada rombongan Indonesia menambah kemeriahan acara malam tersebut.
No comments:
Post a Comment