Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 11, 2015

Misa Kudus Buat Pelajar Kristian

Oleh Mazdollyna, SOCCOM Lahad Datu
Lahad Datu – Pada Khamis, 24 September lalu, misa kudus bagi para pelajar telah diadakan di Gereja St. Dominic untuk memberkati para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PT 3, SPM dan STPM akan datang. Seramai, lebih kurang 150 pelajar Kristian dari sekolah-sekolah menengah sekitar Lahad Datu hadir bersama-sama dalam merayakan misa kudus ini yang dirayakan oleh Fr. Marcellinus Pongking.
Dalam homilinya, Fr. Marcellinus mengatakan sebagai umat Kristian, kita perlulah berusaha dalam segala tanggungjawap yang diamanahkan kepada kita. Semuanya hendaklah dibuat dengan sebaik mungkin. Begitu juga dengan pelajar, juga mempunyai tanggungjawap tertentu yang perlu dilaksanakan dengan penuh usaha.  
Sudah tentu dan wajib bagi setiap pelajar untuk belajar dari aspek akademik dan kokurikulum agar setiap individu dapat bertumbuh kembang dengan seimbang. Merancang pelajaran menjelang peperiksaan adalah penting, oleh itu pelajar patut menfokuskan kepada jadual yang ditetapkan oleh pelajar sendiri.
Fokus kepada pelajaran adalah penting dan mengulangkaji pelajaran akan memantapkan ilmu setiap individu. Berlandaskan kepada pelajaran itu sendiri adalah tidak mencukupi. Segala usaha kita haruslah disertai dengan doa, doa memohon berkat dari Tuhan. Teruskan, meminta, mencari dan mengetuk pasti segala yang dipohon akan dikabulkan.  Dengan berkat Tuhan, nescaya apa yang kita usahakan itu pasti menghasil buah.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent