Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 30, 2015

Pengalaman Yang Saya Lalui Dalam Pertemuan Pastoral Ke IV Oleh Sdra Aloysius Leyn

Disusunatur oleh DS
dan foto oleh G. Bell
Pertemuan Pastoral Tripartit Ke IV di antara wilayah asal, transit dan tujuan di Pusat Keuskupan Sandakan pada 19hb - 22hb Oktober baru sahaja selesai. Penyertaan seramai 82 perwakilan; para paderi, religius dan pemimpin awam dari ketiga-tiga wilayah amat memberangsangkan. Pertemuan 4 hari telah merapatkan perhubungan antara perwakilan dari 6 keuskupan/agung; dua dari wilayah asal, 1 dari wilayah transit dan 3 dari wilayah tujuan dan telah menghasilkan tindak lanjut sepakat yang akan memanfaatkan para buruh migran - perantau.
Sdra Aloysius Leyn, berhijrah dari Flores ke Sabah sejak 35 tahun yang lalu. Berumur dalam pertengahan 50'an, beliau bergiat aktif dalam Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) St Dominic, Lahad Datu sebagai timbalan pengerusi.
Aloysius adalah seorang buruh migran-perantau. Pernah bekerja di beberapa tempat sebagai tukang tumbang kayu kertas, di perkebunan koko, tukang cat dan pemandu. Pada mulanya, dia dieksploitasikan oleh majikan dan mengalami kesulitan ke Gereja. Bagi beliau, segala kesusahan hidupnya adalah dorongan dan ujian. Tuhan sentiasa menyertai keluarganya. Kini beliau bersama keluarganya menetap di Lahad Datu, hidup dengan tenang dan dianugerahkan 5 orang anak; 3 lelaki dan 2 perempuan.
Beliau amat bersyukur kerana diberi peluang menghadiri pertemuan tersebut yang melibatkan 6 keuskupan. Dia berkata, 'Pertemuan ini amat perlu agar sama-sama menerokai dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah buruh migran-perantau di wilayah masing-masing.'
Pertemuan ini sungguh-sungguh praktek, kerana selain mendengar keluhan serta rintihan mereka tentang kesulitan hidup migran, perwakilan berpeluang bertemu, muka-ke-muka dengan para migran di lapang melalui sesi dialog di Gereja St Mark dan kunjungan ke basis-basis.

Bagi teman-teman-ku, migran buruh-perantau, 'Tangan Tuhan Mahakuasa kiranya menyertai para migran-perantau seperti kami berharap kepada-Mu, sebab Engkaulah kubu pertahanan kota benteng-ku.'
'Saya berdoa agar pertemuan ini akan mencapai matlamatnya dengan terhasilnya tindak lanjut yang lebih terfokus, teratur dan mantap.'

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent