dan foto oleh G. Bell
Ibu Roberta Stanislia Mutis @ Rostan, seorang guru di Ruteng, Flores, NTT Indonesia telah berkecimpung sebagai partner Kongregasi Gembala Baik selama sepuluh tahun. Beliau diberi peluang ikut serta dalam Pertemuan Pastoral Ke-IV kerana dia merupakan salah seorang tim / mitra perutusan Gembala Baik.
'Pendedahan ini benar-benar membuat saya lebih memahami tentang migrasi agar saya dapat melayani dengan baik. Pertemuan seumpama ini amat bermanfaat kerana ia meliputi ketiga-tiga wilayah; asal, transit dan tujuan. Ia juga melibatkan banyak pihak yang punya komitmen dengan buruh migran - perantau.'
Pertemuan ini telah memberi saya peluang bertemu dengan saudara sekampung di perantau dan membolehkan saya memahami persoalan dan permasalahan mereka.
'Saya amat berbahagia kerana rata-rata para migran sedar tentang kepentingan pendidikan bagi anak-anak mereka yang merupakan asas memperoleh pekerjaan yang lebih menjaminkan. Hidup cara berkomuniti seperti dalam basis sudah tentu dapat menyatupadukan mereka menangani persoalan hidup, kususnya di perantauan.'
Saya tertarik dan tersentuh dengan malam kebudayaan; penyertaan pelbagai ethnik mencerminkan Gereja Katolik benar-benar Gereja Universal, amat unik dan amat indah. Semoga ciri ini akan berkekalan demi kemuliaan Tuhan.
Saya berharap semua pihak dapat mengimplementasikan hasil tindak lanjut di keuskupan masing-masing serta membangunkan networking membantu teman-teman para perantau.
No comments:
Post a Comment