oleh Tim Dokumentasi, Promosi dan Evaluasi
Sandakan: Program tahunan, Unite Camp 2.0, bertemakan “Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan (Mat 5:7) pada 24hb - 27hb September telah menghimpunkan 168 orang belia dari Sandakan, Telupid, Lahad Datu, Telipok dan Papar.
Program ini adalah anjuran Tim Kerasulan Belia Paroki, dibantu oleh Tim Belia Pelaksana bersama Fr. Sunny Chung, Sr. Lilian Unsoh fsic dan Deacon Stanley William sebagai penasihat program. Unite Camp bertujuan mempersiapkan diri para peserta menuju ke SYD4 di Tawau pada tahun hadapan. Disamping memupuk persahabatan dan berkongsi cinta kasih Tuhan, ia juga adalah satu landasan membina daya kepimpinan serta mengukuhkan keimanan belia. Uniknya perkhemahan tahun ini dilaksanakan dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.
Hari pertama perkhemahan ini, 24hb September merangkumi pendaftaran, Misa Pembukaan dan Time of Life yang disusuli dengan para-liturgi berbentuk aktiviti unggun api. Program simbolik ini merupakan sesi para-liturgi pembukaan kepada Unite Camp 2.0 di mana 7 orang perwakilan dari Tim Kerasulan Belia Paroki, Katedral St. Mary, Gereja St. Mark-Peter, Gereja St. Paul, Gereja Our Lady of Fatima, Gereja St. Francis dan termasuklah Belia Cina membawa obor api dengan mesej 7 buah karunia Roh Kudus bagi menyedarkan peserta sentiasa menghayati buah-buah ini sepanjang perjalanan program ini.
Sesi ini kemudiannya dilanjutkan dengan merenung peranan api bagi manusia iaitu ianya boleh menjadi kawan dan musuh dalam kehidupan namun jika diambil sudut positifnya akan membawa kepada kebaikan. Program hari pertama ditamatkan dengan persembahan dalam bentuk sorakan, nyanyian, lakonan dan tarian daripada 10 buah kumpulan. Acara yang gembira dan ceria ini mampu membangkitkan semangat belia untuk mahu langkah maju memuliakan Tuhan.
Perjalanan program hari kedua, 25hb September dimulakan dengan misa pagi yang disediakan oleh belia St. Mark-Peter. Sesi pertama iaitu 'Blessed' - "God Journeys With Us" oleh Susanna Cordova dari Star of Yahweh Covenant Community yang memberikan input kesedaran kepada para belia untuk sentiasa berbahagia dalam apa juga keadaan. Antara kandungan sesi ini, menekankan tujuan berbahagia agar setiap belia melihat situasi dalam keadaan yang berbeza dan positif sebagaimana dinyatakan dalam ceramah iaitu “Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, kerana merekalah yang empunya Kerajaan Sorga. Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana mereka akan dihibur’. Penceramah turut menekankan pesanan daripada Paus Fransiskus yang menyeru kita semua agar sentiasa berbahagia seperti dalam mesej Hari Belia Sedunia tahun ini.
Ceramah kedua yang disampaikan oleh Adaris Sintan dari CCR Bahasa Malaysia bertajuk 'Merciful' menceritakan kisah kehidupannya dan persoalan-persoalan berkenaan agama yang membelenggu belia dan ditambahkan dengan dugaan dan cabaran duniawi.
Ceramah bertajuk "Received Mercy" daripada Francis Tan selaku Setiausaha Eksekutif Keuskupan Sandakan yang menyentuh kehancuran dunia atas perbuatan manusia sendiri. Beliau menyenaraikan cara-cara untuk melakukan belas kasihan iaitu dengan menyampaikan berita baik kepada yang miskin dan membebaskan orang tertindas, bukan sekadar melalui perkataan tetapi perbuatan.
Ceramah bertajuk "Received Mercy" daripada Francis Tan selaku Setiausaha Eksekutif Keuskupan Sandakan yang menyentuh kehancuran dunia atas perbuatan manusia sendiri. Beliau menyenaraikan cara-cara untuk melakukan belas kasihan iaitu dengan menyampaikan berita baik kepada yang miskin dan membebaskan orang tertindas, bukan sekadar melalui perkataan tetapi perbuatan.
Keadaan ini membolehkan belia sedar bahawa setiap insan dicipta dari kelimpahan kasih Tuhan dan dengan itu menyebabkan setiap manusia itu istimewa dengan pemberian talenta masing-masing. Tindakan murah hati harus sentiasa mengalir keluar agar membolehkan individu itu terus menerima kemurahan.
Aktiviti kesukanan iaitu "Unity Games" diperkenalkan untuk membantu para belia memahami konsep perpaduan, satu kriteria yang penting untuk membina sebuah gereja yang kukuh. Aktivti ini membuka peluang bagi peserta mengenali sesama agar dapat membina persahabatan yang sihat.
Aktiviti kesukanan iaitu "Unity Games" diperkenalkan untuk membantu para belia memahami konsep perpaduan, satu kriteria yang penting untuk membina sebuah gereja yang kukuh. Aktivti ini membuka peluang bagi peserta mengenali sesama agar dapat membina persahabatan yang sihat.
Pada waktu malamnya, belia dibawa kepada suasana yang lebih tenang dan teduh dengan doa taize dan adorasi diikuti dengan perdamaian antara sesama. Jelas terpancar pada setiap muka peserta akan kedamaian dan keharmonian yang dicapai melalui saat-saat tenang ini. Sesi Bahasa Cina yang menggunakan tajuk yang sama, dikendalikan oleh Jenny Lim dari Light of Jesus Covenant Community, Serena Wong dari Sacred Heart Chinese Youth dan Irene Chia wakil dari Institute for World Evangelisation.
Peserta dibawa ke program penjangkauan yang berlainan pada hari ketiga, 26hb September dengan mendaki Bukit Maria. Pendakian ini diiringi dengan doa rosari pada setiap stesen sebelum misa pagi yang diselaraskan oleh belia Our Lady of Fatima, Beluran. Tujuan penjangkauan ini adalah membawa para belia untuk menikmati suasana hening doa di atas Bukit Maria iaitu ikon Pusat Penziarahan di Katedaral St. Mary, Sandakan. Pada sebelah petangnya belia diperkenalkan kepada Sabah Youth Day-4 oleh Anna Teresa Amandus selaku Kordinator Kerasulan Belia Keuskupan dan program Rakan Belia daripada LOT Promosi SYD4 Tawau iaitu Roland Henry dan Gregory Michael Harumal.
Gegaran 'Luaskan KuasaMu Yesus' bergema sewaktu "Night of Unity Concert" yang dibawa oleh "Uniters Worship Band and Unite Creative Ministry" untuk semua umat dan peserta sendiri dengan puji-pujian melalui nyanyian dan tarian. Konsert ini dimulakan dengan lagu pujian-pujian iaitu Luaskan KuasaMu Yesus, One Way dan Lagu Tema SYD4 dan diikuti dengan renungan melalui tayangan video "Walking on Water." Para belia dibawa kepada suasana yang hening melalui tarian lirikal dari lagu Oceans dan seterusnya perkongsian refleksi melalui klip video yang dipetik dari Matius 14: 22-33 daripada Mark Nethanel Michael Lai berkenaan perjalanan imannya sebagaimana Petrus yang terjatuh ke dalam laut kerana tidak fokus kepada Yesus. Konsert ini diteruskan dengan lagu-lagu penyembahan dan diakhiri dengan lagu pujian sekali lagi.
Hari akhir kem ini, 27hb September dimulakan dengan doa pagi dan kemudiannya dengan Misa Penutupan yang juga merayakan Minggu Migran. Para peserta mengadakan sesi puji-pujian lagi sebelum bermula sesi "What’s Next" dan Evaluasi serta maklumbalas antara Tim Penganjur dan para peserta. Unite Camp 2.0 berakhir dengan sesi bergambar beramai-beramai.
No comments:
Post a Comment