Artikel oleh Naomi Francis
Gambar oleh John Wong
Tawau : Seramai 64 kanak-kanak Pertemuan Minggu
Gembira (PMG) telah menghadiri seminar dan bengkel sehari suntuk pada 3 Oktober 2015 dari jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Bilik Atas Dewan Gereja dan Bilik Konferens. Acara ini dianjurkan oleh para fasilitator PMG.
Penyertaan ini telah dibahagikan kepada
2 kumpulan iaitu kumpulan Bahasa Malaysia seramai 47 orang manakala kumpulan Bahasa Inggeris seramai 17 orang.
Antara tujuan seminar ini diadakan
adalah untuk :
- memberi penerangan tentang kekudusan Tubuh dan Darah Kristus yang bakal mereka terima buat pertama kalinya pada 25 Oktober ini
- memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang perjalanan Misa Kudus semasa perayaan Sakramen Komuni Pertama
Para fasilitator telah mengambil peluang
ini untuk merapatkan diri mereka dengan kanak-kanak di bawah jagaan mereka
untuk mendalami dan menghayati makna sakramen dan tanggungjawab secara umum
semasa dan selepas menerima Tubuh dan Darah Kristus.
Secara keseluruhannya, para peserta amat
bertenaga dan gembira menyertai bengkel ini kerana ianya dapat memberikan
pengetahuan dan pengalaman baru bagi mereka.
Aktiviti ini merupakan satu usaha yang
baik dan akan diteruskan sebagai persediaan yang dapat memberikan
kanak-kanak tersebut satu perasaan untuk mencintai dan mempercayai dengan lebih
sungguh akan iman mereka.
Sesi sehari ini dipenuhi dengan beberapa
input dan aktiviti seperti nyanyian dan kuiz. Turut hadir bersama dalam bengkel ini ialah Sr.
Anita Philip fsic.
No comments:
Post a Comment