Natasha Aronee Melchior |
Saya gembira kerana diberi peluang untuk mengongsikan pengalaman saya baik manis mahu pun pahit kepada para peserta. Saya juga gembira kerana dapat kembali dengan Tuhan setelah sekian lama tidak ke gereja. Selain itu, saya dapat mengimbas kembali sesi-sesi yang saya telah belajar pada YPL Batch 3 tahun lalu. Seterusnya, ia mengingatkan saya perkara-perkara yang boleh memusnahkan diri saya kepada hal-hal negatif. Saya berazam tidak akan mengikuti jalan yang salah ketika tidak berada dalam kawalan ibubapa. Dalam Yesus, kita akan menemui jalan, menemui kebenaran dan memperolehi hidup, hidup yang kekal. Natasha adalah salah seorang daripada barisan fasilitator program YPL Batch 4.
Sloane, St. Martin Telupid |
Saya juga berharap agar mereka yang membaca perkongsian ini terdorong menyertai program YPL yang akan datang dan ianya memang sangat bermakna bagi anda semua. Saya akan akhiri perkongsian ini dengan ayat yang saya pegang dalam nama Tuhan; "When we want to follow Jesus, it doesn’t mean that we must have a friend beside us because sometimes Jesus wants us to walk alone with him. In this way we can really understand what Jesus really wants from us in this life. Amen". Ayat ini telah menjadi sumber kekuatan kepada saya sepanjang keberadaan saya dalam YPL ini dan puji Tuhan, saya telah bertahan dalam program ini sehinggalah graduasi. Alleluya dan Tuhan memberkati. Amen.
Angelica Del Rosario, Katedral St. Mary Sandakan |
Ini adalah kisah perjalanan saya selama 2 minggu mengikuti program YPL Batch 4. Pada mulanya, saya sangat malu dan saya rasa saya bersendirian dan saya berasa bosan sekali seperti mahu pulang dan tidak mahu meneruskan menyertai program YPL. Tetapi saya bersabar dan perlahan-lahan saya mula berkomunikasi dengan kawan-kawan lain walaupun mempunyai perasaan malu. Banyak pengetahuan yang saya dapat ketika mengikuti program YPL ini, terutama bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bagi saya bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah sangat mencabar tetapi rupanya ia sangat menyeronokkan. Sesi-sesi yang lain telah menyedarkan saya betapa pentingnya informasi yang dikongsikan sebagai perisai hidup dalam dunia ini.
Sesi-sesi yang kami pelajari adalah sangat bermakna kerana sesi-sesi berkenaan dapat membantu saya bila saya berada di luar nanti. Bagi saya secara peribadi, melalui YPL saya sudah belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain terutama orang yang saya tidak kenal. Program YPL ini juga mengajar saya bagaimana untuk berdoa, dan saya juga belajar untuk bersabar dengan apa juga cabaran-cabaran yang sayai hadapi. Sekarang saya sudah ada keyakinan diri untuk berkongsi di hadapan orang ramai. Saya ingin mengucap syukur dan terima kasih kepada Tuhan Yesus kerana dengan kuasa RohNya, saya menjadi lebih berani. Amen!
No comments:
Post a Comment