Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 22, 2014

YouthPrepLink Batch 4 - Hari Keenam dan Ketujuh

Tim Dokumentasi YPL
SANDAKAN : Hari keenam, 3hb Mei 2014 bermula dengan misa harian yang dirayakan oleh Rev. Fr. Philip Moiji. Dalam khotbahnya, beliau menekankan bahawa kita harus mendekati diri kepada Kristus, lebih mengenali, lebih menyayangi dan lebih melayani Dia. Sebagai umat Kristus kita dipanggil saling mengasihi sesama. 
Sesi yang kelapan iaitu "Konsumerisme Dan Alam Sekitar" telah disampaikan oleh saudara Spincer Nyahin. Beliau menerangkan maksud "mahu" dan "perlu". Dalam masa yang sama, ia dapat membantu para peserta untuk memahami lebih dalam dan lebih menghargai apa yang mereka ada sekarang. 
Sesi latihan Bahasa Inggeris telah dilaksanakan oleh saudara Roynner Patrick, Sam Edesius dan Arjohn.
Pada sebelah malam, sesi bertajuk "Psycho – Aspek Kerohanian" telah disampaikan oleh saudara Geogre Lawadin. Beliau telah menerangkan bagaimana untuk terus teguh dalam iman ketika jauh dari keluarga atau komuniti. Ia juga sedikit sebanyak dapat membantu para peserta untuk lebih tabah ketika berada di bandar-bandar besar atau di luar kawasan selesa mereka. 
Ahad, 4hb Mei adalah hari terakhir program YPL Level 1. Semua peserta juga para fasilitator menghadiri perayaan Ekaristi di Katedral St. Mary Sandakan. Selepas misa, para peserta dibenarkan ke bandar Sandakan untuk membeli barang-barang keperluan sebelum pergi ke St. Anthony, Bukit Garam untuk meneruskan program Level 2. Para peserta berkumpul semula pada sebelah malam untuk sesi penerangan sebelum bertolak ke Bukit Garam keesokan harinya. 
YouthPrepLink Level 1 telah berjalan dengan lancar selama satu minggu di Katedral St. Mary, Sandakan. Level 1 adalah dimana para peserta dibawa untuk mendalami atau lebih mengenali diri mereka sendiri sebagai anak Tuhan. Ia juga adalah masa untuk mereka melihat semula pengalaman-pengalaman hidup yang baik mahupun yang tidak baik sepanjang kehidupan mereka. 

Selain itu, ia juga adalah satu persiapan untuk diri mereka sebelum melanjutkan pelajaran atau bekerja di bandar-bandar besar. Pada masa yang sama, ia adalah satu persiapan untuk para peserta sebelum menyertai program Level 2. Di sini, mereka diberi tugasan untuk memasak buat semua peserta dan fasilitator. Ia merupakan satu peluang dan pengalaman yang baik untuk semua peserta yang akan didedahkan cara memasak disamping belajar untuk bekerjasama dengan orang yang berbeza latar belakang. 

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada peribadi-peribadi seperti 'Orang Samaria yang baik hati' yang telah menderma makanan juga kewangan buat program ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent