Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 3, 2014

Ulang Tahun, Suatu Rahmat Tuhan

 Artikel dan gambar - SOCCOM Telupid
Ahli KKD hadir merayakan ulang tahun Fr. Jasery yang ke-44 

Telupid – Sambutan ulang tahun ke-44 paderi paroki, Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel telah diraikan oleh umat paroki sempena dengan Hari Raya Santo Yosef pada 1 Mei, di Asrama Pride.
Fr. Jasery berkata, kita selayaknya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi sekali lagi kesempatan untuk bersama-sama dengan umat saling berkongsi kegembiraan.
Acara pemotongan kek ulang tahun - Fr. Jasery bersama adik Jasery Christianus
yang disambut bersama.
“Sambutan ini melambangkan kesatuan kita sebagai umat Allah yang saling memerlukan bagi perkembangan gereja tempatan,” tambahnya.
Kehadiran Bapa Uskup Julius D. Gitom, turut memberikan peluang kepada umat yang hadir untuk beramah mesra selain bergembira dalam suasana Paska yang baru disambut.
Uskup Julius dalam ucapannya berkata, umat perlu terus memberi sokongan dan doa kepada Fr. Jasery supaya diberikan kesihatan untuk melaksanakan kerja-kerja pastoralnya.
Turut hadir adalah Seminarian Dafrin Diwol yang akan menamatkan pelayanan pastoralnya pada 11 Mei 2014.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent