SANDAKAN : Pada hari ketiga, 30hb April 2014, Program YPL dimulakan dengan misa harian yang dirayakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil. Ianya disusuli dengan sarapan pagi dan sesi permainan. Sesi Bahasa Inggeris telah disampaikan oleh Gabriel dan Girald yang bertujuan untuk membantu membina keyakinan dalam diri peserta untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris semasa mereka melanjutkan pelajaran atau bekerja di bandar-bandar besar.
Sesi seterusnya adalah, “Penghijrahan Belia dan Kehidupan di Bandar” yang dikendalikan oleh kakak Esther Albert. Sesi yang disampaikan adalah sangat berinformasi dan bermanfaat kerana ia dapat menyediakan para peserta ketika melanjutkan pelajaran atau bekerja jauh dari keluarga. Di akhir sesi tersebut, kak Esther telah membahagikan para peserta dalam kumpulan kecil seramai 3 orang dalam setiap kumpulan untuk perkongsian. Perkongsian ini bertujuan mengetahui perasaan dan kefahaman mereka tentang input yang disampaikan.
Pada sebelah malam pula, sesi "Globalisasi dan Literasi Media" dikendalikan oleh saudara Bell. Sesi ini bertujuan membimbing para belia untuk bijak membuat pilihan yang betul semasa hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan pengaruh media dan global. Sesi diakhiri dengan perkongsian dari peserta dan doa malam.

Hari keempat, 1hb Mei 2014 bermula dengan doa Lectio Divina. Para peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan; mereka berdoa dan berkongsi tentang apa yang menyentuh mereka dari pembacaan firman pada hari tersebut.
Sesi kelima berkaitan dengan "Seksualiti" disampaikan oleh Sr. Maria Dipal. Dalam sesi tersebut, menurut Sr. Maria bahawa seks bukan hanya satu perbuatan tetapi ia merupakan satu tenaga yang terhasil dalam perhubungan.
Sesi "Seks Sebelum Kahwin - Generasi Kini Dalam Risiko" dikongsikan oleh Dr. Henry Ong. Beliau mengongsikan apakah kesan-kesan dan penyakit-penyakit yang berkemungkinan akan menjangkiti mereka yang melakukan seks sebelum kahwin. Selain itu, beliau juga menerangkan perbezaan diantara cinta dan seks.
Pada sebelah malam pula, sesi "Hubungan Sihat Lelaki Dan Perempuan" telah disampaikan oleh Saudari Shirley Joseph. Peserta diminta untuk menyenaraikan perwatakan (ciri-ciri) pada seseorang yang mereka sukai dan tidak sukai. Program hari keempat diakhiri dengan doa taize.

Hari kelima, 2hb Mei 2014 bermula dengan misa harian yang dirayakan oleh Rev. Fr. Philip Muji. Sesi pagi, "Lets Talk" dimana peserta diminta untuk berkongsi tentang pengalaman yang baik mahupun buruk di dalam kumpulan kecil. Selepas itu peserta membuat pengakuan.
Pada sebelah petang, peserta diminta membuat renungan dan perkongsian dalam kumpulan kecil dan juga kumpulan besar. Para peserta menyertai permainan di luar perkarangan dewan untuk melepaskan segala kerisauan dan kesedihan yang ada selepas perkongsian pada sebelah pagi. Program disusuli dengan latihan Bahasa Inggeris yang dikendali oleh Gabriel, Girald dan juga Fiona Degulacion. Sesi diakhiri dengan doa malam.
No comments:
Post a Comment