BUKIT GARAM : Pada hari ketiga, 7hb Mei 2014 bersempena dengan bulan Bonda Maria, hari dimulakan dengan doa rosari yang dipimpin saudari Michelle. Pada sebelah pagi dan tengahari, peserta menjalani latihan Bahasa Inggeris sebagai persiapan sesi seterusnya semasa penjangkauan mereka di Paitan dan juga Bukit Garam. Pada sebelah petang, peserta sekali lagi menjalani latihan pengukuhan komunikasi Bahasa Inggeris.
Pada jam 3.30 petang, sesi "Hak Asasi dan Hak Perlembagaan" telah disampaikan oleh Kak Evelyn Doikin, wakil dari YouthPrep Center, Kota Kinabalu. Beliau telah berjalan bersama kami di dalam program ini sejak hari pertama YPL diadakan di Katedral St. Mary. Kak Evelyn juga merupakan seorang graduan dari Institute of Formation, Fondacio Asia kumpulan yang ke-ketujuh.
Kami amat menghargai kehadiran Kak Evelyn bersama kami sepanjang program ini dijalankan. Dalam sesi tersebut, beliau menerangkan satu per satu tentang hak-hak asasi manusia. Terdapat 30 hak asasi manusia, salah satunya adalah artikel 26 – Hak untuk mendapatkan pelajaran. Pada sebelah malam, para peserta diberi kesempatan membuat pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Sesi tersebut amat mencabar.

Hari keempat, 8hb Mei 2014 bermula dengan doa Lectio Divina yang dipimpin oleh saudari Valgi dari Kunak. Sesi "Pemerdagangan Manusia – Penghambaan Moden" telah disampaikan juga oleh Kak Evelyn Doikin. Ia dimulakan dengan lakonan berkaitan dengan pemerdagangan manusia yang mampu menyampaikan mesej kepada para peserta. Pemerdangan manusia boleh berlaku dimana-mana dan dengan orang sekililing kita. Oleh yang demikian, semua adalah digalakkan untuk menjadi lebih sensitif dan berhati-hati dengan tawaran kerja yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
Pada sebelah petang, aktiviti “outdoor” dimulakan dengan “Row, row your boat”. Ia bukan sekadar permainan, tetapi ia juga mencabar semangat bekerjasama dalam kumpulan tim. Mereka diberi peluang untuk berlatih sekali lagi sebelum berangkat ke Kampung Timpus, Paitan keesokkan harinya. Pada malam itu juga, para peserta dan fasilitator membersihkan kawasan St. Anthony dan membuat pemeriksaan terakhir sebelum ke lokasi penjangkauan. Walaupun ia adalah hari yang cukup penat, tetapi ia juga merupakan hari yang sangat menggembirakan buat semua.
No comments:
Post a Comment