Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 3, 2014

MENDALAMI MAKNA TRIDUUM ~ PELAYAN ALTAR GEREJA HOLY TRINITY TAWAU

Oleh John Mu

Gereja Holy Trinity Tawau -  Satu kem telah dianjurkan oleh Pelayan Altar Paroki Holy Trinity Tawau untuk para ahlinya pada masa Triduum Paska bermula dari Khamis Suci, 17hb April 2014 sehingga Hari Minggu Paska, 20hb April 2014. Kem ini merupakan aktiviti tahunan pelayan altar sejak tahun 2007 dan kini telah memasuki tahun ke-8 pelaksanaannya. Ia merupakan ilham daripada Rev. Fr. Cosmas Lee yang merupakan rektor pada masa itu. Aktiviti ini bertujuan untuk semua ahli pelayan altar tidak kira yang baru atau yang lama untuk berkumpul bersama dan berkongsi pengalaman mereka sebagai pelayan altar.
Seramai 64 ahli pelayan altar telah mengikuti kem pada kali ini, bermula dengan pendaftaran para ahli pelayan altar dan persediaan untuk misa Khamis Suci.

Selain itu, semua ahli pelayan altar berpeluang untuk mendalami, memahami, merenung dan merasai makna dan masa Triduum Paska yang merupakan kemuncak dalam perayaan liturgi gereja. Semua ahli kemudiannya telah melayani  semua misa pada masa Triduum Paska.

Selepas misa Khamis Putih, para ahli pelayan altar berkumpul di kantin gereja untuk taklimat dan makan malam sebelum mengambil bahagian dalam saat teduh ( adorasi ).
Pada hari kedua, Jumaat Agung, aktiviti dimulakan dengan doa pagi dan mengikuti Jalan Salib.  Pada hari ini juga,  para ahli pelayan altar digalakkan untuk berpantang dan berpuasa. Selepas itu, raptai untuk servis Jumaat Agung diadakan. Semua ahli pelayan altar mengambil bahagian dalam pelayanan servis Jumaat Agung ini. Pada waktu malam, selepas makan malam bersama rektor, pembantu rektor paroki,  sebuah tayangan video 'Son Of God' telah ditayangkan untuk tontonan semua dan sebagai aktiviti perkongsian iman.

Pada hari ketiga, selepas doa pagi dan sarapan pagi, semua peserta telah melakukan kerja amal di kawasan gereja dan membantu untuk persiapan misa malam Paska. Selepas misa malam paska, satu jamuan makan malam berserta barbeque telah diadakan di perkarangan gereja. Pada keesokan harinya dan hari terakhir kem ini, semua peserta bersiap sedia untuk misa minggu Paska. Selesai misa, semua peserta berkumpul di kantin gereja untuk makan tengah hari sebagai acara pengakhiran kem Triduum Paksa.       
   
Kem ini telah memberi pengalaman yang baru tentang pelayanan bagi para ahli pelayan altar yang turut serta. Aktiviti tersebut, sedikit sebanyak telah mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara para pelayan altar. Semoga acara sedemikian dapat menarik minat para belia yang lain untuk menyertai pelayanan ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent