Disediakan oleh :
Mark Louis Benedict, Martha Chia dan Alice Aban
Sandakan : Alpha merupakan satu kursus yang memberi pengenalan asas tentang
iman dalam agama Kristian. Kursus ini telah memberi peluang kepada para peserta mencari makna yang lebih mendalam tentang kehidupan mereka. Pada tahun
ini, Kursus Alpha dalam konteks Katolik (Alpha
Course in Catholic Context ) yang dianjurkan oleh The Forerunners Ministry telah pun memasuki pusingan ke - 7. Kursus
ini bermula pada 2 Mac 2014 dan berakhir pada 11 Mei 2014. Sesi yang dijalankan
selama 10 minggu ini diadakan setiap hari Ahad, bertempat di Bilik Katekatikal,
Katedral St.Mary tepat jam 1.45 petang
Sebilangan peserta adalah dikalangan mereka yang telah mengikuti kursus ini pada pusingan yang sebelumnya dan mereka berasa teruja menyertainya sekali lagi dan telah membawa rakan-rakan mereka untuk sama-sama menyertainya. Selain dari itu, beberapa peserta yang mengikut kursus ini adalah merupakan calon-calon IKD yang mana akan memulakan sesi pelajaran IKD mereka pada bulan Jun ini. Penyertaan mereka sekaligus dapat mempersiapkan diri mereka untuk mengenali iman Katolik dengan lebih mendalam lagi. Sepanjang 10 minggu berturut-turut, para peserta diberi sesi ceramah dengan topik-topik yang berbentuk soalan, ringkas dan padat, namun telah memberi kesan yang mendalam kepada setiap mereka. Tambahan pula, setiap sesi ceramah yang diadakan diselit dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti perbincangan kumpulan dan permainan.
Berikut merupakan tajuk-tajuk ceramah mingguan dan semasa Hujung Minggu Roh Kudus:

Tarikh
|
Tajuk
|
Penceramah
|
02/3/2014
|
Pengenalan
|
Caroline
Tai
|
09/3/2014
|
Siapakah Yesus?
|
Jellferlyn
Joseph
|
16/3/2014
|
Kenapa Yesus mati?
|
Rodney
Sining
|
23/3/2014
|
Bagaimana saya tahu akan iman
saya?
|
Alice
Aban
|
30/3/2014
|
Kenapa dan bagaimana seharusnya saya berdoa?
|
Clare
Tivit
|
06/4/2014
|
Kenapa dan bagaimana saya membaca Alkitab?
Bagaimana Allah membimbing
kita?
|
Rodney
Sining
|
27/4/2014
|
Bagaimana saya menolak roh
jahat?
Adakah Allah menyembuhkan?
|
Arlene
Abel
|
4/5/2014
|
Siapakah Roh Kudus?
Apakah yang dibuat oleh Roh Kudus?
|
Aronika
Paulus
|
10 – 11 Mei 2014
(Hujung Minggu Roh Kudus)
|
Bagaimanakah saya boleh dipenuhi oleh Roh Kudus?
Bagaimanakah saya dapat memanfaatkan hidup saya? Kenapa dan bagaimana saya memberitahu orang lain? Bagaimana pula dengan gereja? |
Rodney Sining |
Acara kemuncak bagi kursus ini adalah Retret Hujung Minggu atau dikenali sebagai Hujung Minggu Roh Kudus. Retret ini telah dijalankan di Pusat Retret Keuskupan Sandakan Batu 28, Ulu Dusun, Sandakan pada 10 dan11 Mei 2014.
Tujuan utama retret ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta mendalami dan mengenali “Roh
Kudus” dengan lebih dekat lagi. Selain sesi ceramah dan aktiviti riadah seperti
permainan, retret ini juga mempunyai sesi
berbentuk hening dan renungan peribadi seperti ‘Penyerahan Diri’, ‘Pelayanan
Doa', dan sebagainya. Selain iman yang telah diperbaharui dan diperkuatkan,
hubungan persahabatan diantara para peserta juga telah terjalin dengan begitu
rapat sekali. Setiap peserta berasa amat tersentuh dengan cinta kasih Allah
yang terpancar dalam diri sesama dan bersedia untuk menggalas misi menyebarkan khabar
gembira ini kepada orang lain.
Kesimpulannya, sepanjang tempoh kursus Alpha ini, para peserta telah diberikan pelbagai bentuk perkongsian dan ceramah berdasarkan sukatan kursus ini. Para penceramah juga menjalankan pelbagai aktiviti dalam setiap perjumpaan mingguan dan semasa retret untuk menjadikan kursus ini lebih menarik, di samping untuk memudahkan para peserta untuk lebih memahami keimanan mereka sebagai seorang Kristian.
Berpaksikan kepada Injil Tuhan bahawa Dia harus semakin besar dan kita harus semakin kecil (Yohanes 3 :30), diharap agar kursus Alpha dalam konteks Katolik ini akan dapat membantu mengukuhkan pemahaman para peserta tentang iman Kristian. Mereka yang berminat untuk mendalami iman Kristian juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini. Semoga kursus ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Puji Tuhan.
Alpha Best!
TESTIMONI PESERTA ALPHA
(Sheryl Wong) |
“Alpha menjadi satu permulaan kepada saya dan melalui kursus ini saya lebih mengenali Allah dan diri Allah. Saya juga mendapat pengalaman yang baik terutamanya dalam mengenali Allah di samping dapat mengenali rakan-rakan baru yang menyertai kursus ini. Harapan saya agar Alpha dapat diteruskan. Saya berasa seronok menyertai kursus ini”.
No comments:
Post a Comment