Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 17, 2014

YouthPrepLink Batch 4 - Hari Pertama & Kedua

Tim Dokumentasi YPL
SANDAKAN : Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan telah menganjurkan YouthPrepLink sesi ke-4 yang berlansung pada 28 April sehingga 12 Mei 2014. YouthPREPLink (YPL) membawa maksud Persediaan Remaja Ejen Pro-aktif. Hari pertama YouthPrepLink dimulakan dengan pendaftaran di dewan paroki St. Mary, Sandakan dari 10 pagi sehingga 2 petang. 

Seramai 32 orang peserta yang datang dari Sandakan, Telupid, Lahad Datu dan Tawau telah mengikuti program YPL ini. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Faith, Hope, Love dan Justice. Pada misa pembukaan yang dirayakan oleh Rev. Fr. Sunny Chung, didalam khotbah nya berkata, “kalau kita tidak dilahirkan dari Roh Kudus dan air, kita akan tetap sama seperti biasa dan tidak akan dilahirkan semula dan menjadi orang yang baru”. Selain itu, Rev. Fr. Sunny juga bercakap tentang cabaran masa kini yang dihadapi golongan remaja dan belia. 

"Sekiranya kita menyertai aktiviti ini secara fizik sahaja tanpa hati ianya sama seperti kita datang hanya sekadar untuk berseronok sahaja." Oleh itu, beliau mengajak para belia untuk benar-benar menghayati dan mendalami segala input yang disampaikan dalam kem tersebut selama dua minggu.
Pada hari kedua, 29hb April ia dimulakan dengan sesi “Siapa Saya?” yang dikongsikan oleh saudari Anna Teresa Peter Amandus. Dalam sesi tersebut, beliau mengajak para peserta mengimbas kembali zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Seterusnya, beliau mengajak peserta untuk membuat peta kehidupan. Peta kehidupan ini bertujuan untuk membantu para belia untuk merenung semula apa yang telah terjadi dengan diri mereka, samada pahit atau manis, suka atau duka, baik atau jahat.  
Sesi kedua disampaikan oleh Sr. Maria Dipal iaitu, "Peringkat Kehidupan Seorang Manusia”. Dalam sesi ini, ia banyak mendedahkan kepada para peserta mengenai apa yang berlaku di setiap peringkat kehidupan seorang manusia dari sejak mereka dilahirkan sehinggalah di hari terakhir mereka. Pada masa yang sama, ia juga membantu para belia untuk memahami dan menghargai diri masing-masing dan menghormati kawan-kawan mereka.
Pada sebelah tengahari, para peserta dibawa untuk merenung kembali kehidupan mereka disusuli dengan sesi Dots (Bintik Hitam) dan Stars (Bintang) yang disampaikan oleh Saudari Anna. Dots melambangkan keburukan yang orang cakap kepada kita ataupun melabelkan perkara yang buruk kepada kita dan Stars melambangkan tentang kebaikan yang orang katakan kepada kita ataupun melabelkan kepada kita sehingga kita berasa bangga akan diri kita sendiri. 
Seterusnya, sesi ‘You are Special’, Saudari Anna memaparkan sebuah video iaitu tentang seorang lelaki yang sering kali disisihkan oleh masyarakat kerana dia seorang yang tidak dapat melakukan apa yang orang lain boleh lakukan. Diakhir cerita itu lelaki tersebut berjumpa penciptanya dan dia bertanya kepada pencitanya, "Kenapa saya dilahirkan sebegini?", lalu penciptanya mengatakan "Saya tidak pernah membuat kesilapan ketika saya mencipta kamu". 

Program diakhiri dengan "Craddling" sebagai doa malam. "Craddling" adalah dimana para belia digalakkan untuk melepaskan segala-gala kerisauan yang ada didalam diri mereka dan membenarkan orang lain untuk berdoa untuk diri mereka. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent