Lawrence, SOCCOM Telupid
TELUPID – Upacara pemberkatan Kapela St. Emmanuel, Kampung Liningkung 20 kilometer dari sini telah disempurnakan pada Ahad, 11 Mei 2014 baru-baru ini.
TELUPID – Upacara pemberkatan Kapela St. Emmanuel, Kampung Liningkung 20 kilometer dari sini telah disempurnakan pada Ahad, 11 Mei 2014 baru-baru ini.
Seramai lebih
kurang 500 umat termasuk masyarakat kampung
hadir menyaksikan perayaan berkembar ini yang dirayakan serentak dengan
Perayaan Kaamatan Peringkat Paroki.
Bapa Uskup Datuk
Julius Dusin Gitom dalam buku cenderakenangan berpesan kepada umat di paroki
terutama di Kapela St. Emmanuel agar sentiasa bersyukur kepada Tuhan Allah
pencipta kerana kita sentiasa hidup dalam rahmatNya. Menurut Uskup, selain memperlihatkan iman, juga menjadi satu kebanggaan kerana hasil kerjasama yang kukuh sehingga terbinanya sebuah kapela yang lebih selesa.
Dalam perutusan Kaamatan Uskup berkata, Kaamatan mengandungi elemen nilai-nilai murni yang menggalakkan dialog iaitu hubungan persaudaraan, mengeratkan perpaduan dan kedamaian semua kaum yang harus dipromosikan dan dipertahankan.
Keseluruhan perbelanjaan untuk membangunkan kapela berukuran 32’ x 40’ dibiayai sepenuhnya oleh dermawan Datuk Victor Paul dan batu pasir pula didermakan oleh Syarikat Optimism Telupid. Datuk Victor diwakili oleh Encik Nico Oancea.
Paderi Paroki
Fr. Jasery yang mewakili Bapa Uskup dalam pemberkatan dan perasmian turut
berpesan supaya budaya mengasihi, berkomunikasi dan bekerjasama harus dipupuk
sebagai budaya umat Katolik. Fr. Jasery
seterusnya menyeru umat di Kapela St. Emmanuel supaya menjaga fizikal bangunan
selain meningkatkan kehadiran setiap ibadah yang akan menguatkan keimanan
mereka.
Terdahulu,
Pengerusi Penganjur Sdra Venantius Nansius Kurop mengucapkan terima kasih
kepada para penderma, komiti penganjur juga umat setempat kerana menjayakan perayaan ini.
Beliau
menjelaskan bahawa nama lama bagi Kapela St. Joseph telah diganti sesuai dengan
keadaan kapela yang baharu.
No comments:
Post a Comment