PAITAN : Pada hari kelima, 9hb Mei 2014, para peserta bertolak ke Kampung Timpus, Paitan seawal jam 5 pagi. Perjalanan dari St. Anthony, Bukit Garam ke St. Francis Assisi, Sukang yang merupakan tempat penginapan para peserta, mengambil masa lebih kurang 4 jam. Walaupun ia merupakan satu perjalanan yang memenatkan tetapi para peserta tetap berasa gembira dan bersemangat. Dalam perjalanan ini ia adalah satu peluang untuk para peserta menjalinkan hubungan yang lebih rapat lagi.
Kampung Timpus, Paitan terletak berdekatan dengan Kapela St Francis of Assisi, Sukang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dalam aktiviti penjangkauan para hadirin telah dibahagikan kepada tiga kumpulan; ibubapa, belia dan kanak-kanak. Seramai 37 ibubapa telah mengikuti program ini. Dalam bahagian ibubapa sesi telah disampaikan oleh sdra Spincer Nyahen. Beliau menerangkan ertinya perkhawinan ~ pasangan saling menerima kesalahan dan kelemahan masing-masing. Perkhawinan adalah satu panggilan Tuhan. Beliau juga mengongsikan bahawa ibubapa bertanggungjawab dalam soal pendidikan anak. Anak akan menghormati ibubapanya jika mereka saling mengasihi.
Seramai 17 orang belia setempat telah mengikuti program ini. Para peserta memulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh sdra Sloane. Pada bahagian belia, fokus utama ialah pada Komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, apabila para belia berada di bandar-bandar besar nanti, bahasa yang biasanya digunakan adalah Bahasa Inggeris. Ini adalah bertujuan memberi mereka keyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan orang lain dan mengelakkan mereka dari ditipu orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Aktiviti dimulakan dengan sesi Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh sdra Sloane dari St.Martin, Telupid. Dalam sesi tersebut beliau mengajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, mereka juga bermain permainan yang dikenali sebagai "My Hat". Permainan ini bertujuan untuk membantu para belia lebih fokus dan menyedarkan mereka betapa pentingnya untuk mendengar agar mereka lebih peka terhadap sesuatu perkara. Sesi Bahasa Inggeris 2 dan 3 adalah lebih kepada cara penggunaan tatabahasa dalam suatu ayat. Sebelum selesainya program dengan para belia, mereka diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mereka.

"Saya amat gembira dan teruja sebab saya dapat mengenali rakan-rakan baru yang mengikuti program YPL. Saya merasakan diberkati oleh Tuhan. Saya juga berasa sangat bersyukur dapat mengikuti kem ini. Saya berharap akan adanya kem seperti ini lagi agar saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain." – Evalyn , belia kampung Timpus, Paitan.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam bahagian kanak-kanak adalah sesi bercerita, perkongsian dan permainan. Selain itu, mereka juga dapat mengenali apa itu SALIB, mempelajari sekurang-kurang satu perkataan Bahasa Inggeris iaitu "Thank You" dan mendengar cerita Pinochio.
Selesai sahaja program dari ketiga-tiga bahagian tersebut, program diakhiri dengan merayakan kesyukuran.
Tukang masak si Anna.. hahahaha..
ReplyDelete