Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 15, 2014

Majlis Kesyukuran Buat Seminarian Dafrinn

Lawrence, SOCCOM Telupid
TELUPID – Satu majlis kesyukuran telah diadakan untuk meraikan perpisahan Seminarian Dafrinn Diwol yang akan meneruskan pengajiannya ke tahun ke-2 Teologi di Kolej St. Peter, (SPC) Kuching. Majlis yang diadakan pada 10 Mei, jam 12.00 tengahari itu telah dihadiri oleh Paderi Paroki, Fr. Jasery dan lebih kurang 40 umat dalam jamuan makan tengahari secara ‘pot-luck’.
Seminarian Dafrinn yang berasal dari Sandakan dalam ucapannya berkata  sangat  bertuah kerana selama 4 bulan menjalani tugasan pastoral disini telah banyak memberikan pengalaman berguna lebih-lebih lagi melayani umat dari pelbagai lapisan. Beliau juga bersyukur dengan layanan umat setempat dan juga tunjuk ajar daripada Fr. Jasery yang sangat berguna.
Fr. Jasery turut bersyukur kerana selama Seminarian Dafrinn menjalani tugasan pastoralnya, beban tugas sebagai seorang Paderi Paroki dapat dikurangkan di atas bantuan pelayanan beliau. Semoga pendedahan pastoral selama empat bulan di Paroki St Martin ini telah memberi pengalaman yang berguna buat inspirasi juga sumber ilmu dalam pengajian selanjutnya di SPC, Kuching.
Sebagai wakil umat, Sdra Albert Matusin turut memberi perkongsian pengalaman dimana Seminarian Dafrinn sangat memberikan komitmen dalam apa juga tugas pastoralnya dan mengajak umat untuk mendoakan supaya beliau dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent