Artikel dan gambar ~
SOCCOM Lahad Datu
St. Dominic Lahad Datu – Lebih
kurang 100 orang peserta dari semua peringkat usia menyertai larian jogathon
peringkat paroki pada Khamis, 1hb Mei 2014 yang dianjurkan oleh Komiti Katekatikal Pusat. Tujuan larian tersebut adalah mengumpul dana buat pembinaan Dewan Ibadat Paroki St Dominic.
Kumpulan pertama yang dilepaskan pada kira-kira jam 7.30 pagi dan diikuti kumpulan yang lain (mengikut kategori usia) oleh Fr.Simon sendiri. Jarak larian lebih kurang 5km, bermula dari dataran terbuka St.Dominic dan berakhir di tempat yang sama.
Antara kategori-kategori
dalam larian jogathon kali ini:
1.
Kanak
- kanak : 1-9 tahun
2.
Kanak
– kanak :10-15 tahun
3.
Belia : 16-30 tahun
4.
Belia : 31-45 tahun
5.
Dewasa : 46-59 tahun
6.
Veteren : 60 tahun keatas
Para peserta harus melalui 4
perhentian yang ditetapkan sepanjang laluan tersebut iaitu berdekatan dengan :
- Kedai Ken Loong Tyre
- Jabatan Imigresen Lahad Datu
- Sekolah Menengah Cina Lahad Datu
- Restoran Raya
'Saya harus mendukung usaha murni Gereja St Dominic untuk membangunkan sebuah Dewan Ibadat kerana saya adalah sebahagian anggotnya' - Siprianus |
Untuk menyertai larian
jogathon kali ini, setiap peserta telah bantu mengutip derma mengunakan Kad Pungutan
Derma yang disediakan oleh penganjur. Peserta yang berjaya
mengutip jumlah yang ditetapkan mengikut kategori usia akan layak
untuk menyertai larian. Bagi peserta yang berjaya mengutip lebih
dari RM200 akan layak mendapat baju-T percuma. Semua hasil
kutipan derma ini telah disumbangkan kepada Komiti Pembangunan Projek Dewan Ibadat Paroki St.Dominic, Lahad Datu.
Hasil dan kejayaan untuk merilisasikan projek impian buat semua umat, datang dari usaha dan pengorbanan. Dewan yang akan didirikan bukan sekadar memanfaatkan kami sekarang tetapi juga buat generasi umat yang akan datang. Semoga berkat Tuhan berlimpahan buat para penderma dan penyokong yang murah hati.
No comments:
Post a Comment