Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 1, 2010

Minggu Palma dan Pengutusan KBP St Martin Telupid

TELUPID- Gereja Santo Martin yang menjadi pusat Paroki menerima lebih kurang 800 umat semasa menyambut Minggu Palma minggu lepas.


Permberkatan Daun Palma

Tinjauan SOCCOM Paroki mendapati selain umat setempat ada juga yang datang dari luar Paroki untuk merayakan Minggu Palma untuk mengenangkan Kristus memasuki Kota Yerusalem dengan jaya 2000 tahun lebih yang lalu.


 Perayaan turut disertai oleh 103 belia yang menyertai Hari Belia Sedunia Peringkat Paroki yang sampai ke penghujung program.


Persiapan Minggu Palma


TELUPID- “Guru yang baik, apa yang harus ku perbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?” (Mrk 10:17) merupakan tema bagi Hari Belia Peringkat Paroki yang diadakan pada 26 hingga 28 Mac, bertempat di Gereja Santo Martin, baru-baru ini.


 Para belia St Martin bersama Fr Marcellinus

Tema tersebut telah diambil sempena dengan Hari Belia Sedunia yang ke-25 bertempat di Madrid pada Ogos ini, telah menghimpunkan para belia dari setisp zon yang dibahagikan kepada 10 kumpulan.

  
Pengutusan KBP St Martin

Ketika memberi pesanan kepada 103 belia pada Misa Pembukaan, Fr. Marcellinus Pongking meingkatkan kepada para belia supaya komited dalam mengikuti sepanjang program berjalan.

Paderi Paroki memetik sebahagian teks Perutusan Bapa Suci sempena Hari Belia Sedunia iaitu – “Belia pun kaya dengan nilai-nilai, kekuatan, impian dan harapan. Usia muda juga menyumbang sebagai harta yang besar, bukan hanya untuk dirimu sendiri tetapi juga untuk orang lain, untuk gereja dan untuk dunia.”
 
Kordinator Kerasulan Belia Paroki (KBP) St Martin, Hildy Albert, berkata walaupun penyertaan para belia amat menggalakkan, namun sasaran yang diharapkan masih jauh jumlahnya. 

 
Hildy

”Namun, usaha untuk menemui belia di setiap chapel akan diteruskan untuk menyelami keperluan mereka dan harapan kita tentang program ini adalah kualiti peserta dan bukannya kuantiti”, jelasnya.

  
Pengisian aktiviti belia - 'Action song'
 
Antara aturcara sepanjang tiga hari program dijalankan ialah Jalan Salib pada hari pendaftaran, mendengar Perutusan Bapa Suci (WYD2010), persembahan kumpulan, pujian & penyembahan, adorasi dan soal jawab di akhir program.


Selepas diutus

Turut diadakan ialah memilih 12 ahli KBP yang telah diutus oleh Paderi Paroki di hadapan umat semasa Misa Daun Palma.

Komen belia yang menyertai program ini: 

      Clare Ann Sindam, Zon Tongod 

“Apa yang saya alami sepanjang program ini ialah ianya banyak memberi saya kedewasaan dalam mengenal Yesus dan menjadikan hidup saya lebih komited melakukan sesuatu. Kerana saya percaya Yesus sentiasa menyertai saya; memberi dorongan, harapan dan hidup yang baru.”    
     Sarina Watis, Zon Pekan
     “Shalom, sepanjang tiga hari program ini berjalan, saya dapat merasakan kuasa campur tangan Roh Kudus yang memberikan semangat, keyakinan dan keimanan kepada setiap belia. Dan kuasa ini saya sendiri dapat merasakan. Syabas kepada Tim Belia Paroki yang menjayakan program ini.”




Teks dan Foto: Lawrence Matusin (SOCCOM) 

1 comment:

  1. Tahniah KBP St Martin,

    Semoga sentisa bersatu demi Gereja Universal. Tiada yang dapat menghalang belia katolik khususnya Belia St Martin Telupid terus mara ke hadapan dalam penyebaran Berita Gembira kepada rakan-rakan walau berada di mana sekali pun.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent