Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Friday, April 9, 2010

Pengutusan Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu



Lahad Datu (28/3/2010) - Sempena perayaan minggu Palma dan Hari Belia Sedunia, seramai 25 ahli tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic Lahad Datu termasuk Sr Rusiah Garuk fsic telah diutus oleh Rev Fr Simon Kontou dalam perayaan Misa Kudus Minggu Palma.


Pelancaran logo KBP juga turut dilaksanakan oleh Fr Simon. Pelancaran dan pengutusan ini disaksikan oleh umat-umat yang hadir bersama merayakan Minggu Palma.



Sesudah perayaan misa kudus, acara sukaneka disediakan bagi para belia untuk turut serta dalam merayakan Hari Belia Sedunia.

Seramai lebih kurang 200 orang belia yang berumur dalam linkungan13 tahun keatas menyertai acara ini termasuklah dari outstasi Felda.

Antara permainan yang dijalankan adalah tarik tali, "the Longest Line", "Three Legged Race", "Explorace" dan sebagainya. Soalan berbentuk kerohanian turut diselitkan dalam beberapa permainan terutamanya dalam permainan "Explorace"



Tujuan sukaneka ini diadakan adalah untuk merapatkan belia-belia St Dominic dan menghidupkan semangat dan keinginan mereka untuk melayani sesama.


"We want to Serve" inilah yang menjadi kata-kata semangat untuk belia di paroki St Dominic untuk melibatkan diri dalam pelayanan.

Shirley Yong

1 comment:

  1. Tahniah belia lahad datu, teruskan pelayanan.

    ReplyDelete

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent