Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 6, 2010

TEMURAMAH EKSKLUSIF SEMPENA PELANCARAN LOGO RASMI DAN PENGUTUSAN TIM KBK SANDAKAN - sambungan


Hildy Albert Matusin
Kordinator
Kerasulan Belia Paroki
St Martin, Telupid






1.   Apakah realiti belia Keuskupan Sandakan (situasi masa kini)

Realiti belia kesukupan Sandakan pada masa kini adalah, kebanyakan mereka hidup dalam keadaan seperti berikut:
a)          Terdedah kepada pelbagai pengaruh terutama sekali yang dibawa oleh media massa dan internet seperti:-
i)            Muzik
ii)           Fesyen
iii)         Gaya Hidup
iv)         Ideologi / fahaman

b)          Status pekerjaan
i)            Bekerja
ii)           Tidak bekerja / pengangguran
iii)         Pelajar

c)     Tinggal di tempat, di mana agama Kristian (Katolik) adalah golongan minoriti.


2.      Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan mereka?

Dalam pemerhatian saya terhadap belia, pertama, kita harus mengakui bahawa belia mempunyai ’weak point’. Antara masalah yang sering dihadapi oleh para belia dalam kehidupan mereka adalah:


a)          Terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang dibawa oleh media massa.
b)          Tekanan hidup akibat daripada ketidakstabilan ekonomi (pendapatan), masalah dalam perhubungan (dalam konteks lelaki & wanita, individu & keluarga dan individu dengan masyarakat).
c)          Menyebabkan iman mereka sebagai Katolik kadangkala tergugat, dan boleh menyebabkan mereka meninggalkan Katolik.


3.   Apakah cabaran-cabaran yang terpaksa mereka tempuhi demi terus teguh dalam iman dan kepercayaan Kristian Katolik (tidak menjauhi Gereja)?

a)          Penolakan daripada rakan (rejection) jika seseorang belia itu tidak menerima/mengikuti sesuatu unsur yang dibawa oleh media massa yang bersifat negatif (muzik, fesyen, gaya hidup, ideologi dll.)
b)          Sama ada terus teguh dengan apa yang mereka percayai (Iman sebagai seorang Kristian) atau meninggalkan gereja sebagai kesan daripada tekanan hidup yang dialami (kekecewaan, putus asa, hilang keyakinan)
c)          Krisis iman - tidak tahu kebenaran berada di pihak mana kerana keliru akibat daripada tindakan agama lain yang cuba mempengaruhi. Juga terpaksa mengorbankan kepercayaan mereka demi untuk meneruskan hubungan mereka dengan orang yang berlainan agama atau kepentingan peribadi.


4.      Apakah pelan tindakan anda (sebagai pemimpin kerasulan belia paroki / ahli) untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah tersebut? – Bagaimana berhadapan dengan masalah-masalah itu?

a)          Memperkenalkan komponen-komponen baru dalam struktur organisasi Kerasulan belia paroki,

Komponen-komponen baru perlu diperkenalkan di dalam struktur organisasi belia dengan mengambil kira keperluan semasa belia paroki. (sebagai contoh : Memperkenalkan komponen eukemenisme dan dialog antara agama di dalam pelayanan belia memandangkan belia merupakan golongan yang sering terdedah kepada isu-isu seperti ini)

b)          Mengutamakan pembentukan iman

Kerasulan belia Paroki juga perlu mengutamakan pembentukan iman dalam apa juga aktiviti ataupun program yang dirancang untuk belia di peringkat paroki. Apabila belia mempunyai iman yang kukuh, mereka tidak mudah putus asa, hilang harapan dan mampu berhadapan dengan pelbagai isu atau tekanan yang dialamai dalam kehidupan mereka.

c)          Pelayanan yang lebih kreatif

Belia pada hari ini mempunyai pelbagai ragam, karakter, pola tingkah laku dan sebagainya. Oleh itu, pendekatan yang sama tidak boleh digunakan untuk mendekati semua golongan belia ini. Kerasulan belia perlu kreatif dalam pelayanan mereka agar semua golongan belia ini mampu dijangkau. Contohnya belia pada hari ini banyak yang meminati muzik dan internet. Oleh itu kerasulan belia paroki perlu mengambil kira minat mereka ini di dalam pelayanan.


5.   Apa yang anda ingin lakukan demi menangani masalah tersebut daripada terus berleluasa? Apa yang anda harap Gereja dapat bantu/sokong demi mencapai hasrat Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan agar para belia bebas dari permasalahan tersebut, kembali ke Gereja, tumbuh dalam iman seterusnya berbuah bagi orang lain?

a)          Semua yang terdapat di dalam 4a, 4b dan 4c adalah juga merupakan tindakan ataupun langkah yang saya akan ambil/ lakukan bagi menangani masalah tersebut.

b)          Selain daripada itu, langkah terbaik adalah mendekati golongan belia semasa mereka di bangku sekolah lagi, di mana mereka masih mudah dibentuk dan dipengaruhi.

c)          Gereja pula harus mengambil pendekatan yang bersifat secara ’direct’ kepada belia. Gereja perlu melihat belia secara spesifik dan menganggap belia sebagai satu cabang komuniti gereja yang istimewa memandangkan belia merupakan pemimpin pelapis dan juga masa depan bagi gereja. Selain itu gereja juga boleh mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
i)            Khidmat bimbingan dan kaunseling.
ii)           Katekesis yang berterusan atau berkala untuk belia
iii)         Menggalakkan agar lebih ramai belia menjadi pelayan dalam perayaan liturgi.
iv)         Menggalakkan belia untuk melakukan aktiviti kerohanian selain daripada perayaan ekaristi seperti Bible Sharing, berdoa Rosari, Pemujian dan Penyembahan dan lain-lain.

6.   Sebagai seorang belia yang terlibat secara aktif di Gereja, apakah yang harus anda lakukan untuk memperbaiki situasi belia di Keuskupan Sandakan?

(Terlibat dalam Student Ministry):

a)          Mengadakan perayaan Ekaristi yang lebih kerap untuk pelajar.

b)          Mengadakan sesi katekesis secara berkala atau secara berterusan terutama sekali mengenai apologetik.

c)          Mengadakan aktiviti kerohanian selain perayaan ekaristi kepada khusus untuk pelajar. (cth. Bible Sharing, berdoa Rosari, Pemujian dan Penyembahan dan lain-lain  lagi.

7.   Dengan tertubuhnya Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, apa yang anda benar-benar ingin lihat pada situasi belia dalam tempoh 5 tahun akan datang?

a)          Belia yang berani bersuara dan mempertahankan imannya. (Menjadi Saksi Kristus)

b)          Belia yang mempunyai iman katolik yang teguh dan tidak dapat digugat.

c)          Belia katolik yang terlibat dalam aktiviti/ masalah sosial semakin kurang.

d)          Belia katolik yang bertukar aliran atau agama semakin kurang.



Gabriel Yosep
Ahli
Kerasulan Belia Paroki
Holy Trinity, Tawau






1.   Apakah realiti belia Keuskupan Sandakan? (situasi masa kini)

realitinya BKS masa kini hidup dalam dunia globalisasi... saingan sangat tinggi dan citarasa belia sangat cepat dan ingin di penuhi dalam masa yang singkat...

 2. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan mereka?

kurang berterus terang, kurang yakin akan diri dalam melayani... terutama dlm hal-hal gereja..

 3. Apakah cabaran-cabaran yang terpaksa mereka tempuhi demi terus teguh dalam iman dan kepercayaan Kristian Katolik? (tidak menjauhi Gereja)

sentiasa setia dalam konteks bersabar dalam sekolah, pekerjaan dan banyakkan berdoa, sentiasa mencari Tuhan dan dekatkan diri dalam kelompok umat yang melayani ..like Komuniti Kristian Dasar (KKD)
 4. Apakah pelan tindakan anda (sebagai pemimpin kerasulan belia paroki/ahli) untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah tersebut? – Bagaimana berhadapan dengan masalah-masalah itu?
(i)   mau mendekatkan diri selalu dengan mereka (TURUN PADANG)
(ii)  buat cara KKD

5.   Apa yang anda ingin Gereja lakukan demi menangani masalah tersebut daripada terus berleluasa? Apa yang anda harap Gereja dapat bantu/sokong demi mencapai hasrat Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan agar para belia bebas dari permasalahan tersebut, kembali ke Gereja, tumbuh dalam iman seterusnya berbuah bagi orang lain.
sentiasa peka dan jangan bergantung pada kumpulan tertentu tetapi MELANTIK iman-iman atau generasi baru dalam pelayanan ini agar MEREKA melihat kemuliaan TUHAN, tapi ada dorongan dari pusat (KBK) dan pembentukan iman dulu.
 6. Sebagai seorang belia yang terlibat secara aktif di Gereja, apakah yang harus anda lakukan untuk memperbaiki situasi belia di Keuskupan Sandakan?

sentiasa memberikan yang terbaik buat belia pada masa kini dan sentiasa jalan dengan cara dunia masa kini tapi dalam pelayanan kita juga guna cara 2010-2011.. lihat ke DEPAN

 7. Dengan tertubuhnya Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, apa yang anda benar-benar ingin lihat pada situasi belia dalam tempoh 5 tahun akan datang?

tidak kira apa, yang paling penting ialah belia Sandakan berada dalam komiti yang sangat berharap selalu pada Tuhan dan sesama agar cintakasih dapat dipupuk di mata dunia... agar semua orang tahu Tuhan berpihak pada GENERASI BELIA SANDAKAN.




Christopher Aban
Ahli
Kerasulan Belia Paroki
St Mary, Sandakan





1.   Apakah realiti belia Keuskupan Sandakan? (situasi masa kini)

-     belia keuskupan sdk merangkumi pelajar, lepasan sekolah, pelajar universiti, graduan, menunggu panggilan pekerjaan, yang bekerja dan yang menganggur..
-     semua mempunyai realiti kehidupan yg bebeza, terutama pada masa kini.
-     secara amnya, pandangan saya, realitinya, belia masih cuba untuk mempelajari untuk memperbaiki perhubungan dengan Tuhan dan tersangat kurangnya media-media untuk mereka pergunakan (dalam konteks gereja)
 
2.   Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan mereka?

-     seperti yang di atas, keluarga, masalah kewangan, tersisih, tidak mendapat perhatian dan sebagainya..
 
3.   Apakah cabaran-cabaran yang terpaksa mereka tempuhi demi terus teguh dalam iman dan kepercayaan Kristian Katolik? (tidak menjauhi Gereja)

-     terpaksa bertindak mengikut hati dan perasaan masing-masing tanpa bimbingan yang secukupnya.
 
4. Apakah pelan tindakan anda (sebagai pemimpin kerasulan belia paroki/ahli) untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah tersebut? – Bagaimana berhadapan dengan masalah-masalah itu?

-     menyediakan seberapa banyak aktiviti yang merangkumi pembangunan rohani dan jasmani belia terutamanya belia-belia yang di luar jangkauan.
-     dalam masa yang sama pembangunan pemimpin belia yang sedia ada akan berkembang tanpa membuang banyak masa.
 
5.   Apa yang anda ingin Gereja lakukan demi menangani masalah tersebut daripada terus berleluasa? Apa yang anda harap Gereja dapat bantu/sokong demi mencapai hasrat Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan agar para belia bebas dari permasalahan tersebut, kembali ke Gereja, tumbuh dalam iman seterusnya berbuah bagi orang lain.
 
-     komited untuk membantu para belia dlm apa jua masalah, memberi dorongan bukannya kekangan, memberi kebebasan yg dipantau tanpa menghalang dan memberikan doa bukannya mematahkan semangat.
 
6.   Sebagai seorang belia yang terlibat secara aktif di Gereja, apakah yang harus anda lakukan untuk memperbaiki situasi belia di Keuskupan Sandakan?

      (Terlibat dalam Pelayanan Muzik)

-     membantu belia untuk mengembangkan bakat masing-masing dan juga membantu diri sendiri dalam pelayanan 2 hala..memberi dan menerima..
 
7.   Dengan tertubuhnya Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, apa yang anda benar-benar ingin lihat pada situasi belia dalam tempoh 5 tahun akan datang?

-     perancangan perkembangan belia yang menyeluruh, dari muda, ke belia, ke beliau.


DSsj

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent