Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 30, 2016

PERASMIAN CHAPEL ST.MICHAEL, LUARSTASI LAM SOON PAROKI ST.DOMINIC LAHAD DATU

Artikel dan gambar oleh Dominggus
Lahad Datu : Rev Father Simon Kontou, rektor Gereja St Dominic telah merasmikan sebuah chapel luarstasi yang baru, iaitu Chapel St Michael di Ladang Lam Soon pada 17hb April 2016. Chapel tersebut terletak lebih kurang 32.5km dari St Dominic Lahad Datu dan 15km dari simpang menyusur masuk dari lebuh raya utama. Perjalanan ke destinasi tersebut memakan masa hampir sejam.
Chapel yang indah ini berukuruan 60 kaki x 70 kaki dengan 4 buah bilik ; bilik alat muzik, bilik rehat paderi, pantry dan ruang bacaan mampu muat 250 umat telah disediakan oleh majikan. Kerja-kerja pembinaan Chapel St Michael bermula pada Februari 2015 dan siap dibina pada Disember 2015. Dengan terdirinya Chapel St Michael, ia telah memudahkan lebih kurang 200 umat setempat untuk melaksanakan ibadat. Sebelum itu, umat-umat setempat menghadapi masalah pengangkutan ke Chapel St Petrus di Ladang Sandau.
Sejak 2010, umat setempat telah pun hidup dalam berkomuniti dengan tertubuhnya sebuah Komuniti Kristian Dasar, (KKD St Lukas) di bawah pimpinan sdra Michael Ngodo.
Lebih dari 200 umat, termasuk beberapa umat dari St Dominic turut hadir dalam upacara Pemberkataan dan Perasmian Chapel St. Michael. Perayaan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr Simon bermula pada 2:00 petang.

Di antara homilinya, Fr Simon berkata, "Walaupun paderi atau Pelayan Komuni tidak selalu dapat hadir untuk merayakan Misa Kudus ataupun Ibadat Sabda, umat setempat harus berkumpul setiap minggu mendengar Sabda Tuhan agar terus berkembang dalam pertumbuhan iman Katolik ini. Chapel yang indah ini hendaklah digunakan dengan sepenuhnya untuk aktiviti rohani."

Tuan Yew (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Fr Simon (kanan)
Selesai sahaja Misa Kudus, acara diteruskan dengan acara pentas bertempat bersebelahan dengan chapel tersebut. Fr Simon dalam ucapannya berkata, “Kita sangat berterima kasih kepada Pengurus Lam Soon Plantation kerana atas kerjasama dan bantuan beliau, chapel ini dapat didirikan dan dibuka bagi umat di sini.” 
Turut hadir dalam acara tersebut ialah Pengurus Kilang Sawit, Tuan Yew, selaku wakil majikan, sdra Jude Gapil, Pengerusi Komuniti Umat Katolik Chapel St Michael, serta perwakilan-perwakilan dari KKD Monsuli, KKD Batu 18, KKD Batu 12, KKD Tempisau dan KKD Sandau.
Acara selesai kira-kira pukul 6:00 petang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent