Oleh Daniel Sipajon
SANDAKAN : Seramai
54 ahli Legio Kuria Bahasa Malaysia
telah memperbaharui janji/komitmen mereka dalam ACIES LOM yang telah diadakan pada 31hb Mac 2016 di
Katedral St. Mary Sandakan. Kuria Bahasa
Malaysia Sandakan yang telah ditubuhkan pada 8hb Oktober 2008 mempunyai 5
presidium senior dan satu presidium junior.
Upacara
memperbaharui komitmen ini telah dimulai dengan doa-doa Legio pada 6.30 petang yang dipimpin oleh Pengarah Rohani Legio Maria Kuria Bahasa
Malaysia, Sr. Appollonia Gumpu fsic.
Perayaan Misa
Kudus khas telah dirayakan oleh Rev. Fr. Sunny Chung tepat pada 7.00 malam. Dalam
homilinya, Rev Fr. Sunny memperakui bahawa semua legioner melakukan
setiap pelayanan mereka dengan komitmen penuh dengan cinta kasih terhadap
Gereja Kristus.
Seperti lazimnya, para legioner telah berpeluang untuk
memperbaharui komitmen mereka selepas homili yang telah disaksikan oleh Pengarah Rohani mereka.
Upacara
pembaharuan janji disusuli dengan kesyukuran dengan majlis makan bersama di Dewan Paroki St. Mary.
Upacara tersebut diakhiri dengan Doa Penutup yang dipimpin oleh Sr.
Appollonia fsic.
No comments:
Post a Comment