Barisan Ahli KPIK 2016-2019 yang hadir.
Duduk (kiri-kanan): Sr. Maria RGS, Sdra. Rayner, Sdra. Kletus, Uskup Julius, Sdra. Hildi, Sdri. Shirley, Berdiri (kiri-kanan): Sdri. Mirasol, Sdra. Nicholas, Sdri. Rachel, Sdri. Cristin, Sdra. Clarence, Sdri. Venessa dan Sdra. Francis Tan (Ex-Officio)
SANDAKAN: Tempoh Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan untuk 2014-2016 telah berakhir sejak 19 Januari 2016 lalu namun Mesyuarat Pembubaran dan Perlantikan AJK baru hanya dapat dijalankan pada 19 Mac 2016 kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 13 ahli termasuk Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan 9 calon dari empat paroki di Keuskupan Sandakan.
Bapa Uskup Julius dalam kata-kata aluannya, "Saya berterima kasih kepada Sr. Maria kerana atas pimpinan dalam KPIK sepanjang tempoh dua tahun iaitu 2014-2016, banyak aktiviti serta usaha pembangunan insan terutamanya program pembentukan serta program kesedaran kepada ahli-ahli komiti juga kepada umat telah dijalankan dan akan dijalankan untuk tempoh seterusnya. Komisi ini telah diberi tanggungjawab untuk memenuhi keperluan-keperluan manusiawi terutama sekali keperluan kita kepada Tuhan itu sendiri (rohani) selain daripada keperluan duniawi. Maka dengan itu, komisi ini telah mengadakan program kesedaran tentang ajaran sosial gereja kerana gereja memperhatikan keperluan-keperluan manusia.
Bapa Suci juga memberi amanat mengenai keperluan-keperluan tersebut di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya amat menghargai respon dan sikap telus melayani daripada Sr. Maria dan ahli-ahli komisi sehingga komisi ini dapat berdiri teguh. Saya percaya ini semua adalah bimbingan daripada Roh Kudus kepada kita semua. Tempoh KPIK yang baru akan bermula. Maka, marilah kita bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam menjalankan tugasan pelayanan yang telah dipercayakan kepada kita masing-masing melalui Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan ini."
Bapa Suci juga memberi amanat mengenai keperluan-keperluan tersebut di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya amat menghargai respon dan sikap telus melayani daripada Sr. Maria dan ahli-ahli komisi sehingga komisi ini dapat berdiri teguh. Saya percaya ini semua adalah bimbingan daripada Roh Kudus kepada kita semua. Tempoh KPIK yang baru akan bermula. Maka, marilah kita bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam menjalankan tugasan pelayanan yang telah dipercayakan kepada kita masing-masing melalui Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan ini."
Beberapa perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai laporan daripada Pengerusi KPIK 2014-2016, Sr. Maria Dipal RGS tentang imbasan perjalanan selama tempoh dua tahun pertama terbentuknya KPIK. Setiap Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) juga menyampaikan laporan mereka masing-masing. Selain itu, KPIK menyampaikan perkembangan terkini Perancangan Tahunan 2016 di mana antara aktiviti atau program yang dibincangkan adalah:
- 8th Annual Conference Episcopal Regional Commission for the Pastoral Care of Migrants and Itinerants (EMI) yang akan dijalankan di Apostolic Vicariate of Brunei Darussalam
- Persiapan untuk AMOS-3 yang dirancang akan dijalankan pada tahun2017
- Perayaan Hari Migran 2016 (akan disambut di peringkat paroki masing-masing)
Sr. Maria menasihati semua KPIP untuk menjalankan segala program dan aktiviti yang telah dirancangkan pada tahun ini.
Setelah KPIK 2014-2016 dibubarkan, Bapa Uskup Julius telah melantik pemegang jawatan untuk KPIK tempoh 2016-2019 berlandaskan kepada pindaan garis panduan yang diperakui Bapa Uskup Julius. Tempoh tiga tahun akan memberi ruang kepada KPIK memantapkan proses pengukuhan dan persiapan dan pelaksanaan program. Bapa Uskup juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh pelayanan mereka.
Dengan demikian, Bapa Uskup dengan rasminya telah melantik:-
- Pengerusi: Sdra. Kletus Muyuk (Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
- Naib Pengerusi: Sdra. Hildi Poili (Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
- Setiausaha: Sdri. Shirley Joseph (Keuskupan Sandakan)
- Pembantu Setiausaha: Sdra. Rayner Guntingan (Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
- Penasihat Rohani: Sr. Maria Dipal, RGS (Keuskupan Sandakan)
- Sdri. Venessa Julian (Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
- Sdri. Mirasol Cordero (Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
- Sdri. Cristin Tan (Paroki Holy Trinity, Tawau)
- Sdra. Clarence Chin (Paroki Holy Trinity, Tawau)
- Sdra. Roland Henry (Paroki Holy Trinity, Tawau) -Tidak dapat hadir bersebab
- Sdri. Rachel Antak (Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
- Sdra. Nicholas Ponilau (Paroki St. Martin, Telupid)
- Sdri. Mullin Yadim (Paroki St. Martin, Telupid) -Tidak dapat hadir bersebab
- Sdra. Silverius Francis (Paroki St. Martin, Telupid) -Tidak dapat hadir bersebab
Pengerusi baru KPIK 2016-2019, Saudara Kletus berkata, "Saya memohon agar kita bertanggungjawab dan komited terhadap tugasan yang telah diberikan kepada kita. Semoga semua ahli KPIP bersatupadu dan berganding bahu agar dapat bergerak aktif di dalam pelayanan ini kerana masih ramai insan yang mengalami kemelaratan rohani dan hidup dalam kesusahan yang perlu penjangkauan dari komiti ini. Saya berharap agar selama tempoh tiga tahun KPIK ini, kita dapat bekerjasama dengan baik dan dapat mengembangkan pelayanan ini khasnya di paroki kita masing-masing dan umumnya di keuskupan kita."
Sebelum berkat akhir dalam Misa Minggu Palma, Uskup Julius telah mengupacarakan pengutusan bagi barisan ahli jawatankuasa baru Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan untuk tempoh tiga tahun 2016-2019.
Pada hari berikutnya, Sesi Pembentukan Pertama untuk semua Ahli Komisi KPIK 2016-2019 telah dijalankan. Input sesi adalah dipetik daripada dokumen Bapa Suci Fransiskus, "Sukacita Injil."
Saudara Kletus telah menyampaikan Topik Pertama bertajuk, "Cabaran Sukacita Injil ke-5: Janganlah kita membiarkan diri kita dirompak Injil! (# 97)"
Saudara Kletus menyampaikan bahawa Bapa Suci ada menulis dalam dokumennya: "Saya lebih suka sebuah Gereja yang terluka, cedera dan kotor
kerana ia berada di jalan-jalan, dan bukan sebuah Gereja yang tidak sihat
daripada terkurung dari berpaut kepada jaminan hidup sendiri" (# 49).
Sr. Maria pula menyampaikan Topik Kedua bertajuk, "Cabaran Sukacita Injil ke-6: Janganlah kita membiarkan diri kita dirompak bagi kesempurnaan cinta persaudaraan! (# 101)
Petikan daripada penulisan Bapa Suci Fransiskus: "Perbezaan
antara peribadi dan komuniti kadang-kadang tidak menyelesakan," tetapi Roh
Kudus yang merupakan sumber kepelbagaian itu, boleh mewujudkan sesuatu yang
baik dari semua perkara dan mengubahnya menjadi satu sarana penginjilan yang
menarik.(Lihat # 131).
Sr. Maria memberi ruang kepada para ahli untuk sesi suai kenal.
Saudari Shirley telah menyampaikan Topik Ketiga dan terakhir bertajuk, "Cabaran Sukacita Injil ke-7: Janganlah kita membiarkan diri kita dirompak semangat misioneri! (# 109)
Shirley memetik kata-kata daripada penulisan Bapa Suci Fransiskus: "Gereja adalah lebih daripada sebuah institusi organik dan berhierarki: ia adalah
pertama merupakan orang yang maju hadapan dalam perjalanan penziarahan ke arah
Tuhan. Ia adalah satu misteri berakar umbi dalam Tritunggal, namun ia wujud
secara kukuh dalam sejarah sebagai umat berziarah dan para penginjil, melangkaui
apa-apa ungkapan institusi, namun ia adalah perlu. (# 111)"
Semasa sesi penggulungan atau kesimpulan, 'Respon Gereja', Sr. Maria berkata, "Semasa sesi Shirley tadi kita mendengar bahawa semua orang dapat menjadi sukarelawan namun tidak semua dapat menjadi seorang pengikut Kristus yang sebenar. Maka dengan itu, kita dipanggil untuk menjadi pengikutNya walaupun kita tidak dapat memberi komitmen penuh terhadap sesuatu pelayanan kerana terdapat banyak komitmen lain dalam hidup seperti komitmen terhadap keluarga dan pekerjaan, namun kita diseru untuk melakukan yang termampu dengan sebaik mungkin. Kita berharap agar dalam tim pelayanan, komitmen setiap ahli yang sedikit demi sedikit akan dapat dikumpulkan bersama dan menjadi penggerak kepada komiti kita. Kita juga boleh cuba untuk merekrut ahli-ahli baru yang dari golongan muda dan bertenaga dan juga mereka yang sudah bersara dari pekerjaan. Walau apapun terjadi, Bapa Suci menyeru agar kita terus berkongsi Sukacita Injil dalam kehidupan serta pelayanan kita untuk membangun gereja, meneruskan misi Kristus yang telah diperturunkan kepada kita semua."
Sesi Pembentukan tersebut telah berakhir dengan Makan Tenghari bersama.
No comments:
Post a Comment