Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 26, 2016

AHLI LEGIO MARIA PAROKI HOLY TRINITY TAWAU MEMPERBAHARUI JANJI

Artikel oleh : Sr M Liza Augustine fsic
Tawau :  Seramai 120 orang ahli Legio Maria dari 10 presidium; 4 dari Kuria Cina dan 6 dari Kuria Bahasa Malaysia telah menyertai Upacara Acies di Gereja Holy Trinity pada 13hb Mac 2016.
Upacara Acies ini disaksikan bersama oleh Sr. M. Liza Anggie fsic, pemimpin rohani, Sr. Liza Augustine fsic dan Seminarian Raymond Lee.
Aktiviti yang diadakan sekali dalam setahun ini merupakan detik atau upacara yang penting bagi semua ahli. Pembaharuan Janji dan Komitmen para ahli  termasuklah mereka yang aktif mahupun tidak memberikan inspirasi dan semangat untuk terus melayani dan menjadi perajurit Bonda Maria yang setia dan beriman.
Upacara bermula dengan perarakan dipimpin oleh  Presiden Kuria Cina iaitu saudara Charles Wong, Presiden Kuria Bahasa Malaysia saudari Hermin Tambing dan diikuti oleh semua presiden setiap presidium.
Upacara perarakan masuk disusuli dengan Doa Rosari yang dipimpin sendiri oleh Sr. M. Liza Augustine fsic, Pemimpin Rohani bagi Legio Maria Gereja Holy Trinity, Tawau.
Selepas pembacaan dari  Buku Pegangan Legionaries tentang Acies oleh Pemimpin Rohani, Sr. Liza Augustine fsic, dikuti dengan perkongsiannya.
Dalam perkongsian itu, Sr. M. Liza Augustine fsic sekali lagi mengingatkan semua ahli Legionaries yang membaharui janji mereka pada hari itu, untuk mengambil Bonda Maria sebagai teladan dalam penyerahan diri yang total kepada Tuhan.
“Kita harus meneladani sikap Bonda Maria yang telah memberikan seluruh hidupnya kepada Tuhan sebagai alat untuk menyebarkan Khabar Gembira iaitu kebangkitan Kristus. Kita harus percaya bahawa kebangkitan Kristus telah memberikan kita harapan, bahawa kematian sudah dikalahkan,” katanya.
Beliau turut menyeru kepada para legionaries untuk menghayati dan merenung akan janji mereka sebagai legionaries. Dengan pembaharuhan janji ini sebagai perajurit Bonda Maria, pantaslah ahli legionaries berusaha sungguh-sungguh untuk mengongsikan berita baik ini terutama sekali pada mereka yang lemah dalam iman, mereka yang terpinggir serta mereka yang sakit, kesepian dan memerlukan cahaya dan kasih Kristus lebih-lebih lagi pada tahun ini, Tahun Kerahiman.
Pembaharuan  janji dan komitmen ini  didahului oleh Pemimpin Rohani Kuria BM Sr. Liza Augustine fsic, pemimpin Rohani Sr.M. Martha Jonik fsic, Sr. Liza Anggie fsic dan seterusnya disusuli oleh semua presiden Kuria dari Cina, Bahasa dan diikuti oleh Ahli Jawatan Kuasa tertinggi dan semua ahli Legio Maria. Seramai 120 orang ahli telah melafazkan pembaharuan janji mereka.

Upacara Acies tahun ini turut menerima kehadiran ahli-ahli auxiliary. Presidium junior yang sedang dalam percobaan  turut hadir untuk menyaksikan upacara acies ini. Upacara Acies di Gereja Holy Trinity berakhir pada 12.30 tengahari dengan jamuan tengahari.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent