Oleh Sister Liza Augustine fsic dan Sem Dafrinn Diwol
Tawau: Hari Minggu Panggilan ( Vocation Sunday ) jatuh pada 17hb April 2016. Gereja
Holy Trinity Tawau dengan usahasama Seminarian Dafrinn Diwol dan Seminarian Raymond Lee dibantu oleh para sister Franciscan Sister of the Immaculate Conception telah membuat persiapan awal untuk perayaan tersebut. Belia
Paroki Holy Trinity turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
Antara usaha dan inisiatif yang mereka adakan
adalah menyelitkan tayangan video singkat mengenai ‘Apakah Itu Panggilan?’ dan ‘Kehidupan di Seminary St. Peter’s College,
Kuching’ di dalam ketiga-tiga Misa Kudus Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang
dikendalikan oleh seminarian Dafrinn Diwol manakala bagi misa dalam Bahasa Cina
dikendalikan oleh Seminarian Raymond Lee.
Antara tujuan utama seminar ini diadakan adalah
untuk memberikan pendedahan kepada semua umat tentang panggilan hidup
masing-masing di samping menggalakkan golongan muda untuk lebih memahami dan
merenung akan panggilan mereka.
Seminar singkat ini telah diadakan pada 17 April bertempat di bangunan kantin lama Gereja. Seramai 70 orang umat yang terdiri daripada belia
dan ibu bapa telah menghadiri program Minggu Panggilan ini.
Msgr. Nicholas Ong, rektor Gereja Holy Trinity telah memberi perkongsiannya tentang hidupnya sebagai seorang paderi telah memeriahkan
lagi suasana seminar ini.
Program ini dimulakan dengan Doa Pembukaan dipimpin oleh Seminarian Dafrinn Diwol dan diteruskan dengan acara ‘action
song’ yang dikendalikan oleh Kerasulan Belia Paroki Tawau. Seminarian Dafrinn mendahului
ceramah dengan menerangkan maksud panggilan secara umum yang mana panggilan itu
bukan merujuk kepada panggilan menjadi paderi atau religius sahaja tetapi juga
panggilan hidup yang merangkumi semua kehidupan dan pekerjaan. Kemudian ia disusuli dengan tayangan video mengenai panggilan secara umum dan mengenai kehidupan di Seminary St. Peter’s College, Kuching.
Sesi kedua, juga disampaikan oleh Seminarian Dafrinn
iaitu mengenai ‘Pesan Bapa Suci Fransiskus untuk Hari Doa Panggilan Sedunia yang
ke-53.’ Dalam sesi ini, Bapa Suci Fransiskus menegaskan bahawa seluruh umat
Kristian yang dilambangkan sebagai gereja memainkan peranan penting dalam aspek
panggilan hidup. Ia disusuli dengan perkongsian dan input singkat dari Msgr.
Nicholas Ong. Beliau merakamkan rasa gembiranya dengan kehadiran yang ramai dalam ceramah singkat mengenai panggilan ini. Beliau menyeru kepada belia yang
hadir supaya berani menyahut panggilan Tuhan dan kepada
ibubapa supaya terus mendoakan dan menggalakkan anak-anak mereka untuk merenung
akan panggilan hidup mereka.
Sesi ketiga yang disampaikan oleh Sr. Liza Anggie fsic tentang kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) kepada para peserta iaitu
tahap-tahap pembentukan dan apostolate mereka. Ia disusli dengan tayangan video tentang kehidupan para sisters dalam
kongregasi FSIC.
Dalam perkongsian Sr. Liza Anggie fsic beliau menekankan
bahawa kekuatan kehidupan sebagai seorang religius adalah kehidupan doa dan
hidup berkomuniti. Melalui kehidupan komuniti yang berpusatkan pada Kristus
memberi kekuatan iman dan panggilan. "Seorang Kristian tidak boleh hidup
bersendirian, kami harus menghidupi hidup yang berpusatkan kepada Kristus dan
mengongsikannya dengan komuniti ," katanya.
Sr
Liza Augustine fsic, dalam perkongsiannya itu, beliau menyatakan, "kehidupan sebagai seorang religius adalah
sangat menggembirakan. Walaupun terdapat banyak cabaran namun kegembiraan dan
cinta kasih mengatasinya. Selama 17 tahun sebagai religius tidak pernah
sekalipun ada penyesalan dalam diri saya malah sebaliknya sentiasa bersyukur kepada Tuhan
kerana hidup saya dipenuhi dengan kasih
dan perhatian dari kalangan para sisters itu sendiri dan juga dari umat-umat yang sentiasa menyokong dan
memberi perhatian kepada kami semua," katanya.
Pelbagai acara menarik seperti pameran, ceramah, tayangan
video, perkongsian dan acara menyanyi bersama. Program ini diakhiri dengan doa penutup oleh
seminarian Raymond Lee dan seterusnya makan tengahari sebelum semua bersurai.
No comments:
Post a Comment