Foto oleh Rayner dan Eman
Sandakan : Pada 8 April 2016, lebih daripada 30 umat serta belia Markpeter termasuk pelajar-pelajar daripada UMS dan Kolej Politeknik berkumpul di Dewan Serbaguna Gereja St. Mark untuk sesi doa taize yang bermula pada jam 8.00 malam.
Doa taize yang diadakan
buat kali kedua di Gereja St. Mark ini telah dikendalikan oleh belia Markpeter
sebagai salah satu langkah untuk berdoa kepada Tuhan melalui meditasi dalam
bentuk doa dan nyanyian disamping mengeratkan hubungan di antara para umat
se-gereja.
Pada sebelumnya, doa taize ini julung kalinya diadakan di Gereja St. Mark semasa ketibaan Salib Belia SYD dan ikon Bonda Maria pada 25 Mac 2016 yang lalu. Setelah doa taize yang pertama dilakukan, pengerusi MPUK St.Mark, sdra Marius Demeh menganggap bahawa doa taize merupakan satu platform yang sangat bertepatan dan bermanfaat bagi semua untuk meluangkan masa bersama Tuhan Yesus di dalam suasana yang hening.
Dalam suasana tersebut, kita cuba untuk mendengar suara Tuhan di dalam kehidupan kita. Beliau seterusnya mencadangkan agar doa taize ini diadakan sebulan sekali di Gereja St. Mark ini. Setelah doa taize selesai, semua menyanyikan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ dan bersalaman antara sesama sebagai tanda perdamaian dan disusuli dengan sesi perkongsian.

Dalam perkongsian sdra Marius Demeh kali ini, beliau mengatakan bahawa doa taize ini juga
merupakan satu mukjizat dari bapa di syurga seperti dalam injil Yoh 6 : 1 -15
dimana Yesus yang penuh dengan kasih yang berkelimpahan memberi dan
membahagikan makanan kepada lima ribu orang dengan lima roti jelai dan dua
ikan. Beliau turut mengajak semua untuk menjadi seperti Andreas yang peka
terhadap rencana Tuhan dan mempercayai Tuhan dengan sesungguhnya.
Saudara Arjohn,
selaku pengerusi belia Markpeter turut mengucapkan terima kasih dan syabas
di atas kerjasama semua belia sehingga doa taize ini dapat diadakan. Beliau
gembira dengan perkembangan belia di Gereja St. Mark dan terus menyeru semua
belia untuk aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
No comments:
Post a Comment