Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 19, 2016

Konsert Malam Pujian Menyatukan Umat Paroki Telupid.

Oleh Girald Palipus
Telupid – 16hb April 2016 sesungguhnya tarikh yang akan di ingat oleh Kerasulan Belia Paroki St. Martin Telupid. Mengambil petikan Mazmur 98:4, “Bersorak-sorailah bagi Tuhan, hai seluruh bumi, bergembiralah, bersorak-sorailah dan bermazmurlah,” pihak Kerasulan Belia Paroki St. Martin, Telupid telah berjaya menganjurkan sebuah konsert kerohanian yang julung-julang kalinya dibuat di Telupid. Konsert ini bertujuan khas untuk mengumpul dana bagi mengurangkan kos perbelanjaan para peserta ke SYD-4 di Tawau sekaligus untuk menjangkau para umat yang berada di kawasan Paroki St. Martin Telupid.
Lebih 700 orang belia beserta umat telah hadir dan memeriahkan lagi konsert tersebut. Acara konsert bermula sekitar 7.00 malam dan dimulai dengan doa yang dipimpin oleh Rev. Fr. Jasery Gabuk, rektor Paroki St. Martin Telupid. Sdra Hildy Albert, pengerusi konsert tersebut menyampaikan ucapan alu-aluannya disusuli dengan acara perasmian yang disempurnakan oleh wakil Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee iaitu En. Melton Martin. Konsert dimulai dengan lagu-lagu pujian daripada para belia St. Martin Telupid.
Lagu-lagu seperti Yesus itu baik, Dahsyat Engkau Hebat, Bejanamu dan Jangkau Anak Muda serta banyak lagi telah memukau para umat sehinggakan mereka turut serta menyanyikan lagu tersebut. Konsert ini juga mendapat kolaborasi dari Gereja Basel.
Persembahan daripada belia dari Gereja Basel turut memeriahkan dan menghangatkan lagi suasana konsert ini. Selain itu, para umat turut dihiburkan dengan persembahan akustik dari kumpulan yang dikenali sebagai De’ Trips Band yang dianggotai oleh belia St. Martin Telupid, serta persembahan koir daripada Kerasulan Wanita Katolik St. Martin Telupid.
Konsert berakhir tepat jam 10.00 malam, dan sebagai tanda solidariti antara dua buah gereja maka doa penutup dipimpin oleh Pendeta dari Gereja Basel iaitu Rev. Gustimin James. Selesai sahaja konsert para umat dan semua yang hadir mengabdikan kenangan Konsert Malam Pujian dengan mengambil gambar kenangan bersama. 
Rata-rata umat yang hadir cukup berpuas hati dan juga ada yang memberi cadangan agar konsert diadakan lagi dengan waktu yang lebih panjang. Pihak penganjur berterima kasih atas sokongan yang di berikan dan berjanji akan memberikan yang terbaik pada masa yang akan datang jika diberikan peluang lagi untuk menganjurkan konsert kerohanian seperti ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent