Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 18, 2015

PERKONGSIAN PENGALAMAN SAYA - YOUTH LEADER'S CAMP IV (BAHAGIAN AKHIR)

Dikumpul dan disusun oleh Javy J, Tim Dokumentasi


Marney Ambrose (Pemimpin Belia Paroki Telupid) 
Bagi saya, yang paling menyentuh hati saya adalah sesi 'I Am Enough.' Hampir setiap masa saya terasa sedih terutama semasa lakonan singkat dari kumpulan Valentine Tony dari Paroki Telupid. Lakonan tersebut melekat betul-betul di dalam hati saya apalagi apabila mengingatkan saya kepada rakan-rakan seiman yang saya tinggalkan di chapel. Ini menunjukkan saya mementingkan diri sendiri dan lama tidak melayani di gereja. 
Saya rasa inilah yang Tuhan mahu beritahu saya. Dalam program YLC-4 ini, apa yang saya dapat adalah jangan meninggalkan Tuhan dan jadilah diri sendiri yang tidak terikut-ikut dengan personaliti orang lain. Terima kasih buat YLC kerana telah mampu menerangi perjalanan saya ke arah Kristus. 



Avleneia Patrick (Pemimpin Belia Paroki Sandakan)
Program ini telah menambah keyakinan saya sebagai seorang pemimpin belia. Ia telah memberi saya inspirasi yang tinggi sebagai pemimpin belia yang telah diutus.
Pada masa yang sama, saya juga mendapat ramai kawan baru. Sesi yang menyentuh hati saya adalah sesi 'perkongsian' kerana saya dapat mengetahui masalah yang dihadapi kawan-kawan saya dan pada masa sama dapat meringankan beban di dalam diri. 
Perkara baru yang saya belajar adalah menerima seadanya diri saya dan orang di sekeliling saya. Apa yang saya rasa Tuhan mahu beritahu saya adalah "Pergilah, beritakan Aku kepada seluruh bangsamu." Saya sudah sedia dan akan meneruskan misi Kristus, membawa Berita Baik kepada yang akan saya temui. Puji Tuhan!



Sunny Souza Sylvester (Pemimpin Belia Paroki Sandakan) 
Pada mulanya saya tidak memahami apa yang hebatnya tentang YLC-4 ini. YLC sebelumnya adalah 'Outdoor Games' dan itu yang membuat saya tertarik untuk menyertai YLC ini. Namun, masuk hari kedua, iaitu sesi 'Perjalanan Salib Saya', tarikan saya berubah kepada sesuatu yang baru. Saya mula tercabar sikit dengan diri saya sendiri. Secara menyeluruh, memang seronok kerana ia menyegarkan, menyedarkan, meyakinkan diri sendiri. Melalui sesi 'I Am Enough' membuatkan saya ingin membantu belia-belia yang lain untuk turut bangun demi Yesus. Tambahan, aturcara aktiviti program YLC-4 ini tersusun dan sesuai dengan jiwa-jiwa belia dan remaja. 


Paulus Kopong (Pemimpin Belia Paroki Sandakan)
Salam damai, sepanjang 5 hari saya berada di St. Martin Telupid mengikuti Program YLC-4, banyak yang saya belajar untuk menjadi pemimpin yang baik dan ini merupakan kali ke-2 saya mengikuti program seumpama ini.

Sesi yang menyentuh saya adalah sesi 'Perjalanan Salib Saya', dan 'I Am Enough'. Dalam sesi 'Perjalanan Salib Saya', saya berkongsi bersama rakan-rakan seiman dengan renungan yang telah saya lalui. 'Sharing is Caring' itulah moto kami di dalam pelayanan.
Sesi 'I Am Enough' pula, saya belajar bagaimana untuk mengenali diri sendiri sekaligus membina iman dan keyakinan diri saya apabila di utus nanti. 
Saya amat tersentuh dengan khotbah Rev. Fr. Jasery berkenaan dengan pelayanan dan kepimpinan di mana beliau menyeru agar kami sebagai pemimpin mengambil peluang untuk belajar sepenuhnya , serta memperbaharui diri dan berhadapan dengan realiti hidup belia. 
Dalam program ini juga, saya mendapat kawan-kawan baru di dalam satu Keuskupan Sandakan. Kami bersedia dan seperti Yesaya menyahut panggilan Tuhan, "INI AKU, UTUSLAH AKU."


Roynner Patrick Assang (Pemimpin Belia Paroki Sandakan)
Salam damai, YLC kali ini merupakan YLC yang ke-4 saya sertai, berkesinambungan dengan YLC sebelum ini. YLC--4 telah menunjukkan saya jawapan yang pasti dan yakin melalui persoalan yang saya dapat semasa YLC yang lalu iaitu "LAYAKKAH SAYA DIUTUS?" Melalui persoalan ini, saya menyatakan, "YA! SAYA LAYAK". Sesi-sesi dalam Program YLC-4 ini kait rapat diri saya terutama dalam sesi 'I Am Enough' di mana saya akan mengimbas kembali dan berbalik pada diri sendiri sebelum memimpin orang lain. 

Saya amat tersentuh dengan sesi ini semasa saya bertemu dengan Kak Anna, mengongsikan masalah dan kekurangan saya. Saya amat bersyukur kerana apa yang yang dikatakan Kak Anna telah memberi tamparan hebat kepada diri saya membuat saya yakin pada diri sendiri. 
Suara kecil hati saya menyuarakan dengan kepastian, "YES! I AM ENOUGH". Saya tahu siapa saya di mata Tuhan, saya ini istimewa dan sekarang saya berani mengatakan "INI AKU, UTUSLAH AKU"

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent