Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 7, 2015

LAPORAN PERKEMBANGAN PERTAMA TAHUN 2015-BAHAGIAN 3: KOMISI PEMBANGUNAN INSAN KEUSKUPAN SANDAKAN

Oleh DS / sj
PERKARA: PROGRAM KESEDARAN TENTANG PEMBANGUNAN INSAN YANG INTEGRAL (MENYELURUH) SEIRING AJARAN SOSIAL GEREJA KATOLIK
PAROKI: KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN
Tarikh: 21-23 Januari 2015
Tempat: Tiga (3) buah Komuniti Kristian Dasar (KKD)
Malam Ketiga: KKD Taman Mawar, Batu 5, Sandakan
Kehadiran: Lebih kurang 15 umat Katolik
Penceramah: (kiri) Sdri. Stella Sinit (Pengenalan) dan (kanan) Sr. Maria Dipal, RGS
7 Tema Ajaran Sosial Gereja Katolik:
Apakah contoh isu-isu yang mendesak dan perlukan perhatian dalam KKD anda atau di Paroki Sandakan?
(Hasil Pebincangan Kumpulan)
1. Tema ke-1: Kehidupan dan maruah manusia
Ada yang melanggar ajaran-ajaran gereja kerana terpengaruh dengan cara hidup yang tidak baik melalui pengaruh pelbagai sumber seperti media sosial dan pergaulan bebas. Maka, terjadinya perbuatan pengguguran bayi.
2. Tema ke-2: Panggilan kepada keluarga, komuniti dan keterlibatan
Cinta kasih dan iman yang kita miliki akan mempengaruhi cara kita menghidupi KKD. Apa-apa permasalahan dapat diselesaikan bersama. Ahli-ahli dalam komuniti dapat menjadi sistem sokongan kepada satu sama lain dalam menghadapi pelbagai isu dalam lingkungan KKD. Isu tinggal bersama sebelum berkahwin dan hidup bersama sebagai suami isteri tanpa perkahwinan yang sah adalah salah satu cabaran yang mendesak dan penting.
3. Tema ke-3: Hak-hak dan tanggungjawab
Tahap kebebasan dalam hal memperjuangkan hak dan tanggungjawab kadangkala agak mencabar kerana harus selari dan patuh kepada undang-undang negara yang sudah digariskan. 
Kita harus mendidik generasi muda untuk mengetahui fakta-fakta yang betul, hak-hak serta tanggungjawab dan mempunyai pengetahuan keagamaan yang luas agar tidak ditindas pada masa akan datang.
4. Tema ke-4: Peluang bagi mereka yang miskin dan lemah
Kadar kemiskinan di kawasan bandar adalah rendah dan kebanyakan hidup secara sederhana. Golongan miskin ini boleh dijangkau dalam cara berkomuniti. Membantu mereka melalui komuniti dari segi kerohanian agar mereka tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan mempunyai semangat untuk berusaha membangunkan diri sendiri serta keluarga mereka. Terdapat umat yang sangat miskin (biasanya kawasan luar bandar) sehingga sukar mereka datang ke gereja. 
Pihak gereja mungkin dapat membantu dalam hal ini seperti menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi mereka. Golongan migran termasuk dalam kategori yang miskin kerana tidak mendapat keperluan asas yang penting iaitu pendidikan. Golongan berada dan berpangkat tinggi dalam masyarakat kurang melibatkan diri dalam aktiviti seperti gotong-royong dan sebagainya. 
Kita dapat menjangkau anak-anak para migran persekitaran KKD yang tidak mempunyai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
5. Tema ke-5: Maruah pekerjaan dan hak-hak asasi para pekerja
Pekerjaan seperti tukang kebun, pencuci tandas, pembantu rumah dan sebagainya dipandang rendah oleh masyarakat. 
Masyarakat hendaklah dididik agar menghormati sesama, tidak kira apa juga jawatan mereka.
6. Tema ke-6: Solidariti
Semangat kekeluargaan dan bersatu hati membantu kita untuk lebih saling memerhatikan sesama dalam komuniti, terlibat dalam memberi bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh ahli dalam komuniti yang sedang berada dalam kesusahan atau masalah walau berlainan bangsa dan agama.
7. Tema ke-7: Menjaga ciptaan Tuhan
Tabiat membuang sampah merata-rata lama-kelamaan akan merosakkan alam sekitar. Penyakit berbahaya akan timbul jika alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Kawasan Taman Mawar adalah salah satu kawasan yang mempunyai banyak kes Demam Denggi. Gotong-royong harus diadakan dan aktiviti seperti ini juga akan mengeratkan perhubugan sesama sambil mendidik golongan muda untuk bertanggungjawab menjaga segala ciptaan Tuhan demi kebaikan semua.
Apabila berkumpul sebagai komuniti di gereja, pastikan selepas makan, sisa-sisa makanan dikumpul untuk diberi kepada haiwan peliharaan. Pastikan juga tempat berkumpul ditinggalkan dengan tiadanya sampah-sarap dibuang di merata-rata tempat. Elakkan mengambil makanan berlebihan daripada yang diperlukan agar tiada pembaziran makanan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent