Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 13, 2015

HARI KELIMA - YOUTH LEADER’S CAMP (YLC-4)

Artikel  oleh Tim Dokumentasi dan gambar oleh: 
Javy J, Bertram L, Bonaventure RS and Girald P
ST. MARTIN TELUPID – Youth Leader’s Camp (YLC-4) selama lima hari telah sampai ke kemuncaknya pada Ahad, 1hb Mac 2015. Misa Kesyukuran sebagai penutupan penganjuran YLC-4  pada jam 8.00 pagi, diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel dan dibantu oleh Rev. Fr. Sunny Chung.
Di dalam khotbahnya, Rev. Fr. Jasery mengaitkan kematangan pengendalian aktiviti dan program belia mengikut kehendak dan peredaran zaman. Beliau juga mengaitkan logo Youth Leader’s Camp IV berkenaan dengan misi Yesus Kristus sebagai dasar penting di dalam pelayanan. Selain itu, beliau juga mahu para pemimpin belia menjadi seperti Abraham untuk pergi dan melakukan pencarian di tempat yang dikehendaki-Nya.
“Tinggalkanlah dirimu dan ikutlah tempat yang Aku tunjukkan”
Beliau turut menyentuh tentang cabaran yang dihadapi Rasul Paulus dalam misinya menyebarluas Injil Kristus. Pemimpin belia dan para umat diingatkan agar memperbaiki diri melalui pertaubatan serta mendampinngi Tuhan agar dapat memimpin dan melayani orang lain dengan penuh sukacita.
Pengutusan peserta YLC-4 dan mereka yang terdorong ingin menjadi paderi atau religius telah diberkati oleh Rev. Fr. Jasery sambil diiringi lagu ‘Here I Am Lord’ sebagai tanda upacara pengutusan.

Sesi 10.30 pagi, ‘SEEING GOD – JOY OF THE GOSPEL BAHAGIAN KE-2’ merupakan kesinambungan dari sesi yang sama tajuk bahagian pertama. Fokus sesi tersebut ialah 'I am a joyful missionary.' Injil mengundang kita sentiasa untuk bergembira dalam melaksanakan pelayanan penginjilan.
Dalam masa yang sama, Rev. Fr. Sunny Chung juga mengaitkan Bunda Maria sebagai perantaraan dalam setiap doa dan pelayanan kita.
Kesimpulan di dalam sesi ceramah ini adalah membawa pengalaman yang kita perolehi sebagai pemimpin belia haruslah dikongsikan kepada belia-belia yang lain. Hidup bertumbuh apabila ia diberikan, dan ia menjadi lemah oleh keterasingan dan keselesaan (Evangelii Gaudium #10). Oleh itu, peserta diingatkan agar selalu mengambil kesempatan untuk kongsikan Yesus bersama dengan yang lain. Yesus, bukan untuk disimpan melainkan ditonjolkan kepada sesiapa sahaja kita temui.
“Being missionary says Pope Francis, is not a part-time activity”
Selesai sahaja sesi ceramah terakhir, para pemimpin belia dibawa ke sesi penutup program iaitu “Diberkati.” Para pemimpin belia melibatkan diri dalam tarian 'Talitakum' atau ‘Talitha Cumi’. Tarian ini dipetik dari injil Markus 5:41, 'Hai anak, Aku berkata kepadamu, bangunlah.' Tarian ini memberi maksud kepada para pemimpin yang sudah ‘sedar’ dari ‘berhenti sejenak’ dan akan melayani belia-belia yang lain di tempat masing-masing dengan hati yang suci. Tarian ini merupakan tarian penutup tirai program Youth Leader’s Camp IV bagi tahun 2015.
Program ditutup dengan doa pemberkatan oleh sdri. Anna Teresa Amandus diikuti dengan salam damai.
“Be a Leader with a Pure Heart”

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent