Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 7, 2015

PERKEMBANGAN PERTAMA TAHUN 2015-BAHAGIAN 4: PEMBENTUKAN KPIP SANDAKAN

Oleh : DS / sj
PERKARA: PERTEMUAN KHAS DAN SESI PENGENALAN PEMBANGUNAN INSAN
PESERTA: PARA CALON UNTUK KOMITI PEMBANGUNAN INSAN PAROKI (KPIP) KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN
Tarikh: 25 Januari 2015 (Ahad)
Tempat: Lobi, Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan
Penceramah: Sr. Maria Dipal, RGS 
AJK KPIP Katedral St Mary Sandakan
Dari kiri-kanan barisan depan : Stella, Hildi, Sr Maria, Beatrice, Joe dan Mirasol
Barisan belakang: Vennesa, Albert, Klemen,
Sesi yang disampaikan meliputi perkara-perkara berikut:
1. Fungsi KPIP
2. Perancangan Tahunan Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan Tahun 2015
- Program kesedaran tentang Pembangunan Insan seiring dengan Ajaran Sosial Gereja Katolik
- Kempen Prapaska 2015
- Hari Migran Sedunia Peringkat Keuskupan Sandakan 2015
- Program Kesedaran tentang Migran (Program AMOS)
- Program EXODUS-4
- EMI Conference
- Pertemuan Pastoral Migrasi Ke-4 
- Mesyuarat hujung tahun KPIK
3. Tujuh (7) Tema Ajaran Sosial Gereja Katolik dan Apa itu Pembangunan Insan yang Integral?
Tindakan selanjutnya, komen serta cadangan:
1. Semoga KPIP Katedral St. Mary, Sandakan dapat dibentuk secara rasmi dalam masa terdekat ini. (Hildi)
2. Pertemuan seterusnya perlu diadakan dengan komiti ini untuk berbincang mengenai persediaan Kempen Pra-paska dan Hari Migran Sedunia Peringkat Keuskupan Sandakan. (Sr. Maria)
3. Wakil dari sub-paroki atau outstasi mungkin tidak terlibat sebagai ahli KPIP kerana masalah pengangkutan dan jarak untuk ke tempat pertemuan atau mesyuarat. Namun KPIP boleh bekerjasama dengan umat melalui Komiti-Komiti Pastoral Gereja di sub-paroki dan outstasi untuk aktiviti pembangunan insan. (Hildi dan Sr. Maria)
4. Dicadang satu mesyuarat rasmi dapat dipanggil dan tanggungjawab serta peranan setiap ahli adalah lebih jelas agar KPIP dapat mengerakkan fungsinya di Paroki Sandakan. (Joe Mariano)
Perlantikan secara rasmi akan dibuat pada penghujung sesi.
Selepas pembentukan rasmi KPIP, komiti ini dapat membantu dalam hal-hal seperti dituntut dalam Ajaran Sosial Gereja.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent