Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 10, 2015

HARI KEDUA - YOUTH LEADER’S CAMP (YLC-4)

Artikel oleh Tim Dokumentasi dan gambar oleh : 
Javy J, Bertram L, Bonaventure RS dan Girald P
ST. MARTIN TELUPID – Pada hari kedua, Khamis 26hb Feb 2015, para pemimpin belia dibawa dalam sesi ‘PERJALANAN SALIB SAYA’ yang dijalankan pada 4.00 pagi. Tujuan sesi ini pada awal subuh adalah untuk memberi peluang kepada para pemimpin belia untuk merasai dan merenungi perjalanan Yesus ke Golgota, disaling-kaitkan dengan kehidupan pelayanan para pemimpin di paroki masing-masing. 
Selesainya sesi tersebut, para pemimpin belia diajak merayakan Misa Harian yang telah diselebran oleh Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel pada 6.30 pagi. Koir buat misa tersebut terdiri dari peserta Paroki Holy Trinity, Tawau. Rev. Fr. Jasery menerapkan nilai ‘Doa’ sebagai intipati dalam khotbahnya dimana dinyatakan bahawa jika doa dipanjatkan dengan penuh ketulusan, usaha, dan kerendahan hati, pasti akan dikabulkan; kerana setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetuk, baginya pintu dibukakan. Yesus adalah jalan, kebenaran, dan kehidupan.
“Iman tanpa perbuatan adalah mati”
Pada jam 11.15 pagi, selepas sarapan pagi para pemimpin dibawa dalam sesi ‘PERKONGSIAN IMAN’ dikendalikan oleh Sdra. Warren Pierre Anun. Dalam sesinya terdapat tiga (3) soalan berkenaan dengan sesi ‘Perjalanan Salib Saya’  iaitu; 1) Apa yang  paling menyentuh?, 2) Apakah yang paling mencabar/ masalah/ menjengkelkan?, 3) Apa yang Tuhan cuba katakan kepada saya?
Para belia kemudiannya dibawa dalam sesi ceramah pertama iaitu ‘KESUCIAN HATI-BAHAGIAN 1’ dikendalikan oleh Sdri. Teresa Sebastee. Input di dalam ceramahnya adalah ‘Blessing’ atau Diberkati. Sdri. Teresa memberi tiga (3) elemen penting dalam tema YLC-4  iaitu; 1) Rejoice ‘Berbahagialah’, 2) Repent ‘Bertaubat’, dan 3) Reclaim ‘Berbalik kepada asal’. Sesi ceramahnya juga memberi peluang kepada para pemimpin untuk mengongsikan berkat yang Tuhan telah berikan kepada kita. Kesimpulan sesi ceramahnya untuk bahagian pertama disalingkaitkan dengan pentingnya berkat dalam pelayanan belia di dalam Gereja dan luar Gereja.

Di waktu malamnya bermula jam 8.00, para pemimpin belia kemudiannya dibawa ke sesi ‘TAIZE PRAYER’ dipimpin oleh Sdra. Warren Pierre Anun dan dibantu oleh belia Paroki Telupid justeru menutup program untuk hari kedua.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent