Javy J, Bertram L, Bonaventure RS dan Girald P
ST. MARTIN TELUPID – “Berbahagialah orang yang suci hatinya, karena mereka akan melihat Bapa – Matius 5:8” merupakan tema bagi YLC-4 ini yang juga merupakan tema untuk “World Youth Day 2015.” Youth Leader’s Camp kali ini telah dijalankan di Paroki St. Martin Telupid dan merupakan pusingan terakhir penganjuran YLC bagi setiap empat Paroki yang terdiri dari Paroki Sandakan, Paroki Lahad Datu, Paroki Tawau, dan Paroki Telupid. Penganjuran kali ini telah disertai seramai 143 para pemimpin belia dari keempat-empat paroki.
Program selama 5 hari ini telah berlangsung pada 25hb Febuari 2015 dan berakhir pada 1hb Mac 2015 dengan objektif:
i. Mengajak pemimpin belia untuk ‘berhenti sejenak’ agar dapat merenung kembali diri sendiri sebagai seorang belia yang melayani.
ii. Untuk mencari, belajar dan disegarkan agar iman setiap peribadi dapat dibaharui melalui perkongsian Injil (Yesus) yang merupakan dasar kepada iman kita.
iii. Membina dan memperkukuhkan persahabatan diantara pemimpin-pemimpin belia di keempat-empat paroki di Keuskupan Sandakan.
Di hari pertama, para pemimpin belia merayakan Misa Pembukaan YLC-4 yang telah di selebrankan oleh Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel. Di dalam penyampaian khotbahnya, beliau menyatakan tentang ‘tanda’. Tanda yang dimaksudkannya itu adalah ‘Kesucian Hati’. Jika hati kita suci dan berusaha berdoa dengan cara yang suci, pasti doa tersebut akan dikabulkan. Beliau juga mengaitkan ‘Tanda’ tersebut dengan musim prapaska di mana misi Kristus adalah untuk menyelamatkan dunia melalui ‘Cinta KasihNya’.
“Hasil akan berkemuncak di dalam hati masing-masing”
Setelah selesainya Misa Pembukaan dan makan malam, para pemimpin belia diajak memuji dan menyembah di dalam sesi ‘WELCOME TO YLC-4’ yang telah dikendalikan oleh Valentine Tony dan belia Paroki Telupid kemudian diikuti dengan ‘Recap YLC’ yang pertama hingga ketiga. Recap ini dikendalikan oleh Anna Teresa Amandus (Koordinator Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan).
Para belia kemudian dibawa ke sesi ‘DIBERKATI!’ yang dikendalikan oleh Anna Teresa Amandus. Dalam sesinya, ditekankan bahawa kem tersebut adalah untuk berkumpul, mengimbas kembali, berkongsi bersama, dan berkenalan dengan peserta YLC lama dan baru.
Sacred Circle
Dance : 'Gathered Here'
|
Hari pertama ditutup dengan tarian simbolik, Sacred Circle Dance - “Gathered Here.”
No comments:
Post a Comment