Javy J, Bertram L, Bonaventure RS dan Girald P
ST. MARTIN TELUPID – Misa Harian, 7.00 pagi 27hb Februari diselebrankan oleh Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel. Koir dikendalikan oleh Paroki St. Dominic, Lahad Datu. Dalam khotbahnya, Fr Jasery mengajak peserta merenungkan perihal ‘Perdamaian’ dan ‘Pertobatan’. Kita haruslah saling berdamai dan bermaafan sepertimana Tuhan mengampuni dosa manusia.
“God forgets and forgives our sins”
Pemimpin belia kemudiannya dibawa dalam sesi perkongsian, “Apakah perbuatan atau perlakuan yang membuat anda jauh dari keluarga dan rakan-rakan?” ‘Reclaim/Berbalik pada asal’ merupakan sambungan sesi ceramah untuk ‘KESUCIAN HATI-BAHAGIAN KE-2’. Intipati sesi ini berkaitan dengan ‘penyucian hati’.
Pada sebelah petangnya, para pemimpin belia dibawa dalam sesi ‘I AM ENOUGH!.’ Di dalam sesi ini, mereka berada dalam keadaan saat hening (solitude). Para pemimpin merenung semula kekurangan yang ada pada diri mereka, justeru dibawa untuk mendalami batin untuk bersyukur kepada Tuhan atas rahmat yang diberikan kepada mereka, tidak mengikut personaliti orang lain. Respon yang diterima adalah sangat memberangsangkan dimana para pemimpin dapat merasai suasana sesi ini apalagi kepada pemimpin yang merasai diri mereka yang tidak sempurna.
“Bersyukurlah atas pemberian Tuhan kepada kita. Tidak ada yang sempurna. Ketidaksempurnaan itu yang akan menjadikan kita kuat.”
Pada waktu malam, para pemimpin belia dibawa dalam sesi ‘Adorasi’ yang merupakan kemuncak untuk hari tersebut. Dalam sesi ini, para pemimpin merenungkan semula apa yang telah mereka terima sejak pagi sehingga sesi ‘I am Enough’ dan saling-kaitnya terhadap Hosti yang juga merupakan simbol Ekarisiti penyatuan di dalam tubuh dan darah Yesus Kristus. Sesi Adorasi ini dikendalikan oleh Rev. Fr. Sunny Chung yang juga merupakan penasihat Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan.
Adorasi ini tidak lengkap tanpa sesi perdamaian (Reconciliation). Sesi ini dipimpin oleh Sister Anita fsic. Di dalam sesi ini, para pemimpin belia membentuk bulatan dan menghayati rahmat yang sudah Tuhan berikan kepada kita. Mereka akan menulis surat kepada Tuhan menyatakan betapa mereka bersyukur atas segala yang sudah Tuhan berikan. Kemudian pemimpin membawa surat tersebut di tengah-tengah dan membakar surat tersebut dan berdoa.
Hari ketiga diakhiri dengan tarian simbolik iaitu 'talitha koum' kerana para pemimpin belia sudah 'bangkit' semula dari 'tidur' seperti cerita dalam Injil Markus 5:41, 'hai anak, Aku berkata kepadamu, bangunlah!' Dan dikuti dengan doa malam pimpinan sdri. Anna Teresa Peter Amandus.
No comments:
Post a Comment