Artikel - Julita Kantod dan
Gambar - John Wong, Gabriel Chung dan Julita
Tawau : Kerasulan Wanita Katolik ( KWK ) Keuskupan Sandakan telah menganjurkan Retret dan Perhimpunan Agung KWK ke-6 pada 19hb hingga 22hb Februari 2015 bertempat di Gereja Holy Trinity, Tawau.
Perwakilan dari Holy Trinity Tawau
Aktiviti tahunan ini telah berjaya mengumpul 82 ahli KWK Keuskupan Sandakan terdiri daripada wakil-wakil dari St. Dominic Lahad Datu, St. Martin Telupid, St. Mary Sandakan dan Holy Trinity Tawau.
Perwakilan dari St Martin, Telupid
Perwakilan dari St Dominic, Lahad Datu
Antara tujuan retret ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua ahli KWK Kesuskupan Sandakan untuk meluangkan masa bersama dengan ahli–ahli yang lain di luar dari paroki masing-masing. Selain itu ianya turut bertujuan untuk merenung perjalanan dan meneguhkan iman mereka dalam pelayanan Gereja terutamanya melalui kerasulan ini.
Retret telah dimulakan dengan Misa Pembukaan pada Khamis, 19hb Mac juga sempena Hari Raya Santo Yosef, suami Maria. Misa ini di upacarakan oleh Rt. Rev. Julius Dusin Gitom, Uskup, Keuskupan Sandakan. Fr. Johnny Raju Pembantu Rektor, Paroki Holy Trinity turut bantu dalam merayakan misa tersebut.
Dalam homilinya, Bapa Uskup Julius menyentuh tentang kerendahan hati dan anugerah merenung yang ada dalam diri Santo Yosef. Keperibadian Yosef melambangkan satu keteguhan imannya terhadap perhubungannya dengan Tuhan. Seorang yang pendiam tetapi mempunyai ikatan yang kukuh dan percaya akan Tuhan. Sikapnya yang sentiasa komited akan tanggungjawabnya; melindungi, menjaga, memimpin, menyediakan, memenuhi keperluan keluarga dan juga seorang yang tidak pernah mengeluh.
Santo Yosef merupakan satu contoh di mana melakukan kehendak Allah adalah yang terutama dalam hidupnya. Beliau mengakhiri homilinya dengan mengajak semua para peserta retret untuk merenung dan menjadikan Santo Yosef sebagai satu inspirasi dalam pelayanan.
Santo Yosef merupakan satu contoh di mana melakukan kehendak Allah adalah yang terutama dalam hidupnya. Beliau mengakhiri homilinya dengan mengajak semua para peserta retret untuk merenung dan menjadikan Santo Yosef sebagai satu inspirasi dalam pelayanan.
Selepas misa kudus, semua peserta telah bersama-sama berkumpul dalam acara makan malam sempena mengalu-alukan kedatangan semua peserta, Bapa Uskup Julius juga para penceramah yang akan membantu dalam sesi -sesi retret tersebut.
Sepanjang program dijalankan, terdapat enam sesi input rohani yang meliputi;
- Teguhkan Imanmu oleh Bapa Uskup Julius
- Tiada Jalan Keluar oleh Sdra Petrus Bernadus
- Wanita Beriman oleh Sr Liza Augustine fsic
- Pengampunan oleh Seminarian Walter Milter Mario
- Wanita Yang Berharap Dan Kasih oleh Fr Johnny Raju dan
- Cabaran Dan Realiti Wanita Dalam Konteks Gereja oleh Sdri Julita Kantod
Kesemua topik berkisarkan kepada realiti dunia semasa yang melibatkan aspek sosial, budaya dan iman setiap manusia. Antara lain, isi kandungan input-input rohani adalah;
- Keperluan untuk mempunyai hati yang teguh dan iman yang kukuh amatlah diperlukan apabila berhadapan dengan masalah “ ketidakpedulian” sesama manusia. Keteguhan ini membuka mata dan membantu setiap individu agar sentiasa mempunyai ketelusan hati dalam menangani budaya penting diri sendiri yang mana mengakibatkan ramai manusia terpinggir. Seperti Tuhan telah mengongsikan bersama anakNya dengan kita manusia, maka kita juga harus belajar untuk mengongsikan bersama kurnia pengetahuan, bakat, material dan kasih dengan orang lain.
- Kebijaksanaan kita dalam membuat keputusan terutamanya dalam situasi yang melibatkan iman kita agar masalah “tiada jalan keluar” tidak akan berlaku. Kita di tuntut untuk memahami dan memperdalamkan kekuatan iman kita agar kita tidak mudah dipengaruhi dengan agenda-agenda yang dipaparkan dalam media sosial mahupun secara peribadi.
- Menghargai iman yang Tuhan anugerahkan kepada kita memberikan satu pengharapan yang tidak sia-sia. Iman ini harus di suburkan setiap masa dan diteguhkan melalui perbuatan kita setiap hari.
- Berjalan bersama dalam pelayanan memerlukan keterbukaan hati dan yang utamanya adalah kerendahan hati. Sikap mudah mengampuni dan mengasihani merupakan ciri-ciri peribadi Kristus yang harus di contohi.
- Seorang wanita dilahirkan dengan sifat semulajadi yang indah iaitu kelemahlembutan, kecantikan dan kebijaksanaan. Dalam menghadapi dunia yang tidak stabil ini, wanita harus mempunyai kesedaran akan semua realiti di sekeliling mereka. Kesedaran ini akan membantu mereka dalam menilai dan mempertahankan maruah mereka dalam keluarga, masyarakat mahupun sesama dalam pelayanan.
- Dalam pelayanan, setiap kita harus mempunyai tiga dimensi utama iaitu Iman, Haparan dan Kasih. Ketiga-tiga perkataan ini seharusnya menjadi tunggak dalam setiap pelayanan agar semua perancangan dan perbuatan tertuju kepada kehendak Tuhan.
Hari ketiga, 21hb Mac telah diakhiri dengan Persidangan Agung para ahli KWK dari semua paroki terlibat. Makan malam telah diadakan sebagai penutup kepada retret dan persidangan Agung Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan.
Dalam acara penutupan tersebut sdri. Evelyn Watson, selaku Timbalan Kordinator KWK Keuskupan Sandakan menyeru semua ahli untuk terus melayani dengan semangat kasih antara satu sama lain dengan mengongsikan bersama apa yang telah diperolehi sepanjang retret tersebut.
Sdra. Andrew Kiat, Pengerusi MPP turut memberikan motivasi kepada semua peserta dengan meluahkan rasa kagumnya dengan penyertaan yang sungguh-sungguh dari semua ahli KWK.
Fr. Johnny Raju turut memberikan keyakinan dan inspirasi kepada semua ahli untuk melakukan pelayanan dengan kerendahan hati serta meletakan kepercayaan kepada Tuhan dalam setiap pelayanan mereka.
No comments:
Post a Comment