Artikel oleh Tim Dokumentasi dan gambar oleh :
Javy J, Bertram L, Bonaventure RS dan Girald P
Javy J, Bertram L, Bonaventure RS dan Girald P
ST. MARTIN TELUPID – Misa
harian 7.00 pagi, 28hb Februari diselebrankan oleh Rev. Fr. Sunny
Chung. Koir misa harian ini dikendalikan oleh belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Di dalam khotbahnya, beliau menerangkan ‘cabaran di dalam pelayanan.’ Intipati khotbah beliau adalah melihat kepada keadaan sekeliling kita
terutama di negara yang mengalami krisis pergolakan agama dan peranan kita
untuk menyerahkan diri kita kepada Tuhan sebagai saksi Kristus.
“Beranikah
anda bersaksi dan melayani di dalam nama Tuhan Yesus Kristus?”
“B’ritakan..”
Sesi ceramah
seterusnya tertumpu kepada peranan belia sebagai pemimpin, ‘SEEING GOD – JOY OF THE GOSPEL (BAHAGIAN
1).’ Ceramah ini dikendalikan oleh Rev. Fr. Sunny Chung. Di dalam sesi
ini, beliau mengaitkannya dengan buku “Joy of the Gospel”. Misi buku tersebut
adalah untuk membawa Gospel (Injil) kepada orang lain dengan penuh sukacita.
“You need
to encounter Jesus before you step forth to evangelize and to make it happen, we read the Gospel”
Sambungan sesi
ceramah ini diteruskan dengan perkongsian. Antara pertanyaan yang disuarakan
adalah 1) Cabaran-cabaran dalam pelayanan, dan 2) Bagaimana membantu belia lain
untuk menghadapi cabaran hidup belia masa kini.
Pada malamnya,
para pemimpin belia di bawa dalam ‘Special Dinner’ yang membawa tema “Malam
Seribu Budaya.” Pelbagai persembahan yang menarik dan lucu dipersembahkan
oleh para kumpulan mengikut talenta mereka masing-masing yang telah dimantapkan sepanjang
perjalanan hidup mereka sebagai seorang pemimpin belia.
Doa malam
dipimpin oleh Rev. Fr. Sunny Chung.
No comments:
Post a Comment