Oleh DS / sj
PERKARA: PROGRAM KESEDARAN TENTANG PEMBANGUNAN INSAN YANG INTEGRAL (MENYELURUH) SEIRING AJARAN SOSIAL GEREJA KATOLIK
PERKARA: PROGRAM KESEDARAN TENTANG PEMBANGUNAN INSAN YANG INTEGRAL (MENYELURUH) SEIRING AJARAN SOSIAL GEREJA KATOLIK
Paroki : Katedral St Mary, Sandakan
Tarikh : 21-23 Januari 2015
Sasaran : Tiga (3) buah Komuniti Kristian Dasar (KKD)
Tempat : Rumah Kediaman Sdra John Tan
Tempat : Rumah Kediaman Sdra John Tan
Malam Kedua (22hb Januari 2015) : KKD Indah Jaya, Batu 4, Sandakan
Kehadiran: Sekitar 30 umat Katolik
Penceramah: (kiri) Sdra. Hildi Poili (Pengenalan) dan (kanan) Sr. Maria Dipal, RGS |
7 Tema Ajaran Sosial Gereja Katolik:
Apakah contoh isu-isu mendesak yang perlu perhatian dalam KKD anda atau Paroki Sandakan?
Hasil Pebincangan Kumpulan
1. Tema ke-6: Solidariti
Cabaran untuk mengekalkan kesatuan di mana terdapat perbezaan kepercayaan, budaya dan bangsa atau etnik kadangkala bukan datang dari komuniti kita atau KKD tetapi terdapat ancaman dari luar berbentuk provokasi atau ideologi melalui media massa yang cuba menganggu semangat solidariti terutamanya dengan masyarakat keseluruhan atas sebab-sebab kepentingan peribadi mereka sendiri.
Kita dipanggil untuk mempromosikan keadilan dan perdamaian walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan.
2. Tema ke-4: Peluang bagi mereka yang miskin dan lemah
Mereka yang kurang upaya (OKU), para migran Indonesia dan Filipina yang hidup susah, pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu dilayani dengan hormat dan cinta kasih.
Tindakan boleh bermula dengan tidak memanggil gologan migran dengan panggilan yang salah seperti ‘pilak’, ‘keling’ atau ‘om’.
Tindakan boleh bermula dengan tidak memanggil gologan migran dengan panggilan yang salah seperti ‘pilak’, ‘keling’ atau ‘om’.
3. Tema pertama: Kehidupan dan maruah manusia
Pengguguran bayi sering dilakukan oleh para gadis atau wanita yang tidak bersedia untuk mempunyai anak atau hamil.
Hal ini semakin lama semakin serius di kalangan remaja di mana umur gadis-gadis yang terlibat dalam mengandung di luar nikah terdiri dari golongan yang agak muda. Pendidikan kesedaran tentang hal ini harus melibatkan bukan sahaja wanita namun juga para remaja dan golongan lelaki dewasa.
4. Tema ke-3: Hak-hak dan tanggungjawab
Kita mesti tahu hak-hak yang kita miliki dalam segala hal terutama yang melibatkan undang-undang.
Ketahuilah fakta, hak dan tanggungjawab agar kita tidak mudah tertindas oleh ketidakadilan serta penipuan.
Ketahuilah fakta, hak dan tanggungjawab agar kita tidak mudah tertindas oleh ketidakadilan serta penipuan.
5. Tema ke-2: Panggilan kepada keluarga, komuniti dan keterlibatan
Penceraian bertentangan dengan ajaran-ajaran gereja dan begitu juga dengan perbuatan tinggal bersama tanpa perkahwinan yang sah.
Ini mengancam atau menjadi halangan kepada kehidupan keluarga yang harmoni. Kesedaran tentang nilai perkahwinan dan keindahan keluarga hendaklah dipupuk dan ditanam pada peringakat awal melalui program-program pelayanan kehidupan keluarga.
Ini mengancam atau menjadi halangan kepada kehidupan keluarga yang harmoni. Kesedaran tentang nilai perkahwinan dan keindahan keluarga hendaklah dipupuk dan ditanam pada peringakat awal melalui program-program pelayanan kehidupan keluarga.
6. Tema ke-5: Maruah pekerjaan dan hak-hak asasi pekerja
Gaji yang berpatutan, penyediaan tempat tinggal (contohnya di ladang kelapa sawit), keselamatan tempat kerja dan pendidikan asas adalah perlu.
Apabila ingin bekerja di luar negara, pastikan anda mengetahui isi kontrak bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan. Maruah pekerjaan adalah sama bagi semua bidang, iaitu tidak mengira tinggi atau rendahnya pangkat seseorang atau tinggi atau rendahnya gaji yang diterima. Semua pekerjaan menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pertumbuhan sesebuah negara.
7. Tema ke-7: Menjaga ciptaan Tuhan
Elakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat. Sayangi alam sekitar dan segala ciptaan Tuhan.
Sampah sarap dan sisa makanan selepas makan bersama atau perayaan di gereja harus diasingkan dengan betul, tempat dibersihkan seperti sedia kala. Air dalam botol yang tidak dihabiskan boleh dikumpulkan ke dalam satu baldi dan dapat digunakan untuk menyiram bunga, mencuci longkang dan sebagainya agar tidak berlaku pembaziran.
KKD boleh mengumpulkan bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula dan menghantar ke pusat kitar semula agar wang yang diperolehi dapat disumbangkan kepada tabung belia Paroki Sandakan. KKD Indah Jaya sudah mulakan gotong-royong di kawasan perkuburan. Aktiviti ini melibatkan ahli KKD di semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment