Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 11, 2015

KPC Sambut Perayaan Tahun Baru Cina di Gereja St. Mark

Oleh Helen John, SOCCOM Sandakan
SANDAKAN – Pada Sabtu 7hb Mac 2015, Komuniti Pastoral Cina (KPC) Gereja St. Mark telah menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Dewan Mini St Mark pada pukul 7.30 malam selepas selesai misa petang. Lebih kurang 150 umat setempat hadir ke acara tersebut. Turut serta bersama ialah Rev. Fr. Sunny Chung, Sr Appollonia fsic dan sdra Dimeh Koyopo, Pengerusi Komiti Pastoral St Mark.

Rev. Fr. Sunny Chung memulakan majlis dengan Doa Pembukaan disusuli dengan pemberkatan limau mandarin. Seterusnya umat menjamu selera dengan pelbagai hidangan makanan yang disediakan secara 'potluck.'

Sdra Anthony Wong
Sdra Anthony Wong, Pengerusi Komuniti Pastoral Cina (KPC) St Mark dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa perayaan Tahun Baru Cina, satu acara tahunan KPC memberi ruang bagi umat berkumpul dalam suasana yang mesra. Pada lazimnya, umat akan bersurai sebaik sahaja selesai misa dan dalam kesibukan harian masing-masing, jarang berpeluang kumpul bersama untuk memupuk semangat persaudaraan. Semoga acara tersebut menjadi landasan bagi mengeratkan lagi perhubungan sesama.
Pelbagai persembahan disediakan untuk hiburan para hadirin, termasuklah nyanyian, tarian dan sketsa.
Fr Sunny Chung dan Sr Appollonia fsic menyampaikan 'ang-pow' kepada semua umat yang hadir; golongan veteran, dewasa, belia, remaja dan kanak-kanak. Ianya disusuli dengan cabutan tiket bertuah. Majlis berakhir tepat pukul 9.30 malam dengan doa penutup dipimpin oleh Rev. Fr. Sunny Chung.
Sungguhpun, bilangan umat setempat komuniti Cina sederhana, namun melalui hubungan erat yang terjalin sesama dan semangat kerjasama yang tinggi telah menghasilkan kejayaan yang cukup membanggakan. Puji Tuhan!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent