Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 6, 2015

KKD INDAH JAYA MENYAHUT TUNTUTAN PRA-PASKAH

Artikel oleh Helda Japanis
dan gambar oleh Helen John
Sandakan : Sempena masa Prapaska Minggu pertama, KKD Indah Jaya (KKDIJ) telah menyumbangkan bantuan berupa sebuah kerusi roda kepada sdri Jilin John, 51 yang terlantar separa lumpuh akibat penyakit  angin ahmar yang dihidapinya sejak dua bulan lalu di rumah kediamannya di Taman Mawar pada 28hb Februari 2015.
Penyerahan kerusi roda ini disempurnakan oleh sdra Dominic Sintar,  Ahli jawatankuasa Outreach KKDIJ yang turut disaksikan oleh Pengerusi KKDIJ, sdra Dalius L. Lobinjang dan Timbalan Pengerusi sdra John Tan. Keadaan sdri Jilin kini bertambah baik, walaupun sebahagian anggota kiri badannya lumpuh, beliau dapat makan secara normal berbanding dengan sebelum ini yang hanya menggunakan tiub, percakapannya juga kini lebih jelas, walaubagaimanapun beliau masih risau dengan keadaannya yang tidak lagi dapat bergerak bebas seperti dulu.
Sebelum jatuh sakit, sdri Jilin adalah seorang umat yang bergiat aktif dalam pelayanan di gereja. Beliau merupakan pengerusi KKD Cecily, ahli Catholic Women Apostolate (CWA) dan ahli Order of Franciscan Secular (OFS). Sdri Jilin yang sebelum ini bekerja sebagai part-time cleaner di bangunan Pejabat Keuskupan Sandakan, kini banyak bergantung kepada anak-anak untuk membantu pergerakannya dan juga pembiayaian kos perubatan.
Sempena musim Pra-Paska ini, KKDIJ mengambil kesempatan ini untuk membuat amal bakti dengan menjangkau umat-umat Katolik yang memerlukan. Lawatan selama sejam ini diakhiri dengan doa bersama sama pelawat dan keluarga sdri Jilin. Semoga beliau tetap tabah menghadapi kehidupannya seharian dengan tuntunan Roh Kudus. 
Masa Pra-Paskah menuntut kita untuk menunjukkan keprihatinan untuk orang lain, khususnya mereka yang menderita, miskin dan terpinggir. Yesus mengatakan, 'sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku.' (Matius 25:40)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent