Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 16, 2015

PERKONGSIAN PENGALAMAN SAYA ~ YOUTH LEADER'S CAMP IV

Disusun oleh Javy J, Tim Dokumentasi YLC4

Jornalius Francis Sales (Pemimpin Belia Paroki Telupid)
YLC-4 merupakan program kepimpinan belia yang pertama kali saya sertai dan telah memperolehi banyak manfaat. Terdapat dua sesi yang menyentuh saya, iaitu 'Perjalanan Salib Saya' dan 'I Am Enough.' Di dalam sesi 'Perjalanan Salib Saya,' sepanjang perhentian jalan salib tersebut banyak memberi impak terhadap perjalanan hidup saya sebagai seorang belia melalui renungan-renungan setiap perhentian. Sesi 'I Am Enough' pula melihat kepada kekurangan saya dan ini telah menyedarkan saya akan kelemahan saya. Mencatat semua kekurangan dan kelebihan di kertas, merenungkan diri saya yang saya ini tidaklah sempurna seperti orang lain, tetapi atas semangat yang telah diberikan oleh kak Anna Teresa, menjadikan saya semakin kuat dan yakin pada diri saya sendiri. Pengajaran yang saya terima adalah untuk menerima kekurangan diri sendiri, tetap bersabar dan dengan sedaya upaya akan memperbaiki diri saya.


Veronica Hamzah (Pemimpin Belia Paroki Sandakan)
Pada mulanya, saya tidak mempunyai sebarang minat untuk menyertai YLC-4. Saya hanya menggantikan seorang pemimpin belia yang tidak dapat hadir. Tetapi, bila bermulanya sesi pertama iaitu sesi 'Perjalanan Salib Saya', barulah tanggapan saya terhadap YLC-4 berubah. Sikap sabar mulai terasa dalam diri saya disebabkan perlu bangun seawal 4 pagi dan apalagi ditambah dengan obor yang asyik terpadam. Sesi yang membuat saya diurapi adalah sesi 'I Am Enough' di mana saya sempat merenung tentang kekurangan diri sendiri dan belajar untuk menerima kekurangan tersebut. Sesi yang kaitkan dengan perjalanan hidup saya adalah sesi yang dikendalikan oleh Mum Teresa Sebastee dalam sesi 'Pure   Heart.' Ia menerangkan 'repent' atau tobat. Saya jenis yang susah mahu memaafkan orang. Namun, setelah memberi perkongsian saya, hati saya mulai menjadi cair. Saya mampu memaafkan orang yang pernah meyakiti hati saya. Hal baru yang saya perolehi adalah menerima diri sendiri seperti seadanya dan menerima kekurangan diri. Akhir sekali dari saya, mengangkat salib sendiri bukannya mudah tetapi tiada yang mustahil bagi Tuhan!


Yulita Maslan (Pemimpin Belia Paroki Lahad Datu)Hati saya mulai terbuka buat program YLC-4 semasa sesi 'Seeing God - Joy of the Gospel' yang dikendalikan oleh Rev. Fr. Sunny Chung. Saya tidak dapat menyertai program ini dengan sepenuhnya atas komitmen tugas saya yang tidak dapat dielakkan. Namun, saya bersyukur kerana dapat menyertai YLC-4 ini walaupun sudah separuh jalan. Di dalam sesi 'Seeing God' tersebut, saya mendapat tahu tentang penginjilan dan matlamat utama Yesus hadir di dunia. Namun, ramai yang tercicir dalam aspek penginjilan termasuklah pada diri saya sendiri. Walaupun tidak seberapa pengetahuan yang saya perolehi sepanjang YLC-4 namun ia telah memberi impak yang secukupnya untuk saya terus melayani di gereja. Saya akan menggunakan pengalaman yang saya lalui ini untuk melayani di paroki saya sendiri. YLC-4 ini membuatkan diri saya kembali dekat kepada Yesus kerana sebelum ini saya berada jauh dari Dia.
Sherlie Stella Doket (Pemimpin Belia Paroki Tawau)
Terlebih dahulu, saya bersyukur sebab diberi peluang untuk berkongsi pengalaman saya ketika mengikuti YLC-4. Bagi saya, antara pengalaman yang buat saya tersentuh adalah sesi 'Perjalanan Salib Saya.' Setiap perhentian, ada renungannya tersendiri. Yang paling menyentuh adalah semasa di perhentian ke-4 ketika Maria melihat anaknya diseksa dan renungannya berkaitan tentang keluarga saya. Ia betul--betul berhubungkait dengan hidup saya sebab disebalik perangai saya yang agak nakal sedikit, saya juga mempunyai masalah keluarga. Saya seringkali berada dalam keadaan tertekan sehingga saya meragui Tuhan. Keadaan ini berterusan sehinggalah saya mengikuti YLC dan melalui aktiviti ini, saya berkesempatan merenungi hidup silam saya. Saya bertekad mahu berubah dan tidak akan kembali ke jalan yang lama. 
Sesi 'I Am Enough,' telah menyedarkan saya bahawa sebagai manusia kita semua bukannya sempurna. Namun kita kena ingat bahawa di mata Tuhan kita semua sempurna kerana Dia yang mencipta kita menurut wajahNya. Di saat ini saya sedar bahawa saya perlu bersyukur dan berterima kasih atas semua pemberianNya. Sebagai kesimpulannya, melalui YLC-4 ini saya dapat membentuk semula iman saya sebagai seorang Katolik dan mendapat lebih ramai sahabat yang dapat menerima diri saya seadanya. Oleh itu, saya berharap lebih ramai lagi belia akan mengambil peluang untuk mengikuti program YLC pada masa hadapan. Terima kasih dan Tuhan memberkati!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent