Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 5, 2015

LAPORAN PERKEMBANGAN PERTAMA TAHUN 2015-BAHAGIAN 1: KOMISI PEMBANGUNAN INSAN KEUSKUPAN SANDAKAN

Oleh DS / sj

PERKARA: PROGAM KESEDARAN TENTANG PEMBANGUNAN INSAN YANG INTEGRAL (MENYELURUH) SEIRING AJARAN SOSIAL GEREJA KATOLIK
Paroki  : KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN
Tarikh  : 21-23 Januari 2015
Sasaran : Tiga (3) buah Komuniti Kristian Dasar (KKD)
Tempat : Rumah Kediaman umat dari KKD Chi Hwa
Malam Pertama  (21hb Januari) : KKD Chi Hwa, Sunny Estate dan Batu 2.5, Sandakan
Kehadiran: 30 umat Katolik
Penceramah: (kiri) Sdra. Hildi Poili (Pengenalan) dan (kanan) Sr. Maria Dipal, RGS
Hasil Pertemuan;
Apa yang anda perolehi dari sesi ini: (Sesi Perkongsian)
1. Mendapat kesedaran bahawa kita beruntung kerana mendapat peluang pendidikan. Maka, peluang itu haruslah jangan dipersia-siakan. (Seorang belia)
2. Apakah yang dapat saya lakukan atau setakat manakah kemampuan saya dapat menjangkau kepada mereka yang miskin dan lemah dengan mengambil kira bahawa cara yang saya ambil tidak menyalahi undang-undang. (Hildi Poili)
Kita harus mengenalpasti peringkat situasi tersebut. Kemudian, kita cuba bertindak menurut kemampuan kita, dalam jangkauan komuniti kita dan dalam masa yang sama mengarah kepada penyelesaian punca masalah. Hal yang di luar jangkauan kita seperti yang melibatkan undang-undang serta berkaitan dengan kerajaan boleh kita salurkan kepada badan-badan atau organisasi bukan kerajaan untuk membuat tindakan selanjutnya. Hal tersebut memerlukan bahan bukti realiti punca permasalahan dan melibatkan hak-hak asasi manusia. Sumbangan kita kepada usaha untuk penyelesaian adalah dengan memberikan fakta dan data. 
Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan masih baru dan perlu menilai serta menganalisa apakah yang mampu dilakukan sebagai permulaan bagi menyahut seruan bertindak atau menegakkan keadilan sosial. Komisi ini perlu mencari fokus akan sejauh mana jangkauannya di Keuskupan Sandakan.
3. Bagaimana pula dengan sosio-budaya negatif yang mulai mengambil tempat di kawasan kita dan memberi pengaruh serta kesan-kesan yang tidak baik kepada muda-mudi kita? Mereka tidak bersekolah, menganggur dan sebagainya. (Hildi Poili)
Salah satu sebab mengapa terjadi hal seperti budaya berpelesaran, jenayah dan sebagainya adalah kerana mereka tidak mendapat keperluan asas khususnya peluang pendidikan. Maka, dalam komuniti, kita cuba membantu apa yang patut agar mereka yang berada dalam jangkauan komuniti tidak termasuk dalam golongan tersebut. 
Walaupun apa yang kita lakukan mungkin tidak dapat menyelesaikan namun sedikit sumbangan atau bantuan kita memberi makna yang besar bagi mereka. Misi sosial gereja bukan satu perkara yang mudah namun selagi kita masih hidup, kita lakukan apa yang patut dilakukan. Generasi akan datang yang akan meneruskan usaha kita itu.
4. Menjaga alam sekitar (Tema ke-7 Ajaran Sosial Gereja). 
Selepas acara makan bersama di gereja, sisa-sisa makanan dan botol-botol serta plastik dikumpul dan dikitar semula. Tindakan ini memerlukan keterlibatan setiap umat/insan (Tema ke-2 Ajaran Sosial Gereja)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent