Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 17, 2015

PERKONGSIAN PENGALAMAN SAYA - YOUTH LEADER'S CAMP IV

Disusun oleh Javy J, Tim Dokumentasi

 
Fandy Dahlan (Pemimpin Belia Paroki Telupid)
Saya terdengar bisikan Tuhan, "Pikul salib ke hadapan sehingga ke garisan penamat. Sampaikanlah Firman Tuhan kepada belia-belia dan semua umat di mana mereka berada." 
Bagi saya, sesi yang paling menyentuh saya adalah semasa 'Perjalanan Salib Saya.' Sepanjang perhentian ia telah memberi impak kepada saya dan yang paling menyentuh saya adalah di perhentian ke-4, dimana Yesus dalam keadaan yang amat seksa dan sengsara bertemu dengan ibuNya. Dalam suasana di mana rakan-rakan Yesus meninggalkanNya, Bonda Maria tetap setia menemani Dia. Semoga saya juga dapat kekal setia kepada gereja-ku walau berdepan dengan apa juga situasi.
Saya juga dapat ramai teman baru. Merekalah yang telah banyak memberi saya kata-kata semangat juga dorongan. Saya berkesempatan berkumpul bersama-sama dengan belia dari setiap paroki di Keuskupan Sandakan. Semoga persahabatan yang baru terjalin akan berkekalan.

Tok Mee Shin (Pemimpin Belia Paroki Lahad Datu)
Program YLC-4 ini membuatkan saya lebih mengenali dengan diri saya sendiri. Dalam masa yang sama, saya dapat berkenalan dengan kawan-kawan YLC-4, Tim Penganjur serta fasilitator-fasilitator.

Sesi yang menyentuh saya adalah sesi 'Perjalanan Salib Saya,' walaupun mengantuk kerana dipaksa bangun sebelum pukul 4.00 pagi, namun saya masih dapat memberi fokus kepada perjalanan tersebut. 
Hal baru yang saya pelajari adalah merenung dan membantu diri sendiri dulu sebelum membantu orang lain. 
Saya mahu membaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada saya. Dengan sedemikian saya akan rasa yakin menghulurkan pertolongan pada rakan-rakan sebaya saya nanti. Saya mengucapkan syabas kepada Tim Penganjur kerana berjaya melaksanakan program YLC-4 yang telah banyak membantu saya ke arah menjadi seorang pengikut Kristus yang jati.

Amado Degullation (Pemimpin Belia Paroki Sandakan) 
Apa yang saya dapat sepanjang program YLC-4 ini adalah berkumpul bersama-sama  kawan-kawan se'YLC'. Perkara yang menyentuh hati saya adalah dari kawan-kawan kerana tanpa kawan-kawan, kami tidak dapat berkumpul bersama dalam pelayanan satu Keuskupan Sandakan. 

Kini dengan rasminya saya telah melengkapkan kitaran YLC ini sejak dari YLC-l sehinggalah ke YLC-4. PUJI TUHAN! Saya tidak sangka yang saya mampu melengkapkannya. Sesi yang menyentuh saya adalah sesi 'I Am Enough.' 'YLC' telah membentuk saya. 
Pengalaman melalui YLC telah meneguhkan iman saya sebagai seorang belia Katolik. Saya yakin dan saya mampu berkongsi Berita Baik Kristus dan sebarkan kepada orang lain. 'Embrace the Cross,' and believe that 'Ressurection' will come your way.


Fettwinda Sipaan (Pemimpin Belia Paroki Tawau)
Sesi yang membuat hati saya terbuka adalah semasa sesi 'Kesucian Hati.' Untuk menjadi seorang pemimpin, hati mestilah suci atau dalam kata lain bersih. Sebab, kalau tidak bersih, seorang pemimpin tidak dapat menunjukkan contoh yang baik. Walau bagaimanapun, perlu diingat setiap insan tidak sempurna. 


Ketidaksempurnaan akan dilengkapi oleh rakan sepelayanan. Peribadi yang baharu akan terbentuk secara tidak langsung. Selain itu, hati yang suci dalam pelayanan mampu menyedarkan diri saya untuk berjalan bersama tim dan bukannya berseorangan dan menerima segala sesuatu dengan hati dan fikiran yang terbuka. Berlandaskan kepada ciri-ciri hati suci, hati murni  dan kerendahan hati akan membawa kita ke arah kekudusan dan mampu kekal sebagai satu tim dalam apa juga pelayanan yang diceburi.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent