Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Saturday, March 16, 2013

YMG - Beramal di Musim Prapaska

Oleh Roland Henry

TAWAU : (10 Mac 2013) 'We are the Church' ~ begitulah tema Youth Monthly Gathering (YMG) ke-19 pada bulan Mac ini. YMG merupakan aktiviti bulanan anjuran Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity Tawau. Para belia berpeluang untuk mendalami maksud tema pada bulan tersebut melalui rujukan bersama Buku YouCat, buku Katekismus yang diterbit khas bagi belia Gereja Katolik di seluruh dunia.
“Berdoa, berpuasa dan beramal adalah perkara penting yang kita harus lakukan pada musim prapaska ini.” kata Sdri. Florayanti Fabianus selaku wakil Tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) Holy Trinity Tawau ketika memberi sesi inputnya. Terdapat pelbagai topik menarik setiap bulan yang diketengahkan dan dikongsikan bersama demi memperkasa dan memperkayakan lagi pengetahuan serta mendalami iman yang sedia ada. Itulah kebaikan dan keistimewaan program YMG.
“Beramal seperti bergotong-royong bukan sahaja dapat menjadikan iman kita benar, malah ia juga salah satu cara atau doa kita kepada jiwa orang-orang yang telah meninggal dunia yang masih lagi dalam tahap pemurnian di Api Penyucian selain dari mengajukan intensi khusus dalam Misa Kudus.” ujar Sdri. Naomi Francis selaku wakil Tim KBP, Holy Trinity Tawau semasa mengaitkan tema YMG ke-19 dengan topik yang dikongsikannya iaitu Keselamatan Jiwa di Api Penyucian.
Para belia menyahut panggilan menjadi satu komuniti besar dengan erti kata lain, menjadi satu Gereja yang sentiasa bersatu dalam memupuk dan meningkatkan kesedaran serta semangat bersama-sama mencintai alam sekitar melalui sesi gotong-royong di sekitar dan dalam gereja.
Selain dari berdoa dan berpuasa, aktiviti ini juga memberi peluang kepada belia mempersiapkan diri menyambut ketibaan hari Paska dengan hati yang gembira akan misteri kebangkitan Yesus Kristus dengan beramal bakti.
 
Pertemuan santai yang memakan masa selama empat jam setengah ini bermula dari jam 12.30 tengah hari telah dihadiri oleh 60 orang belia termasuk Rev. Fr. David Garaman (Pembantu Rektor Gereja Holy Trinity Tawau) dan Seminarian Christopher Ireneus. Sejurus selepas sesi gotong-royong, para belia menjamu selera bersama di kantin sebagai tanda kesyukuran program YMG dan juga meraikan ulangtahun kelahiran ahli-ahli KBP pada bulan Mac.

3 comments:

  1. Hi Roland wow cantik, tahniah & teruskan. Best.

    ReplyDelete
  2. Hi there, its pleasant post concerning media print, we all be aware
    of media is a fantastic source of data.

    Here is my homepage :: more information

    ReplyDelete
  3. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though
    you relied on the video to make your point.
    You definitely know what youre talking about, why throw
    away your intelligence on just posting videos to your
    blog when you could be giving us something informative to
    read?

    Look into my blog; visit link

    ReplyDelete

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent